Official Trailer

Disney Lancarkan Trailer Super Bowl MULAN, Saksikannya Disini

Views

Sempena kejohanan Super Bowl, Walt Disney Pictures telah melancarkan trailer terbaru filem live action penggembaraan Mulan yang memberikan lebih gambaran kepada penonton tentang filem yang bakal ditayangkan nanti. Anda boleh saksikan trailer tersebut dipemain video dibawah.

Diadaptasi dari filem animasi berjudul sama yang diterbitkan Disney pada 1998, Mulan berdasarkan legenda masyarakat China iaitu Hua Mulan, dimana dia menyamar sebagai seorang lelaki bagi menggantikan tempat ayahnya yang sudah tua – untuk berkhidmat dalam pasukan tentera China dan membawa penghormatan kepada keluarganya.

Filem ini dibintangi Yifei Liu yang akan memainkan peranan utama sebagai Hua Mulan, dia akan dibantu beberapa pelakon lain antaranya Gong Li, Donnie Yen, Jet Li, Jason Scott Lee, Yoson An, Jimmy Wong, Doua Moua, Ron Yuan, Utkarsh Ambudkar, Xana Tang, dan Chum Ehelepola.

Lakonlayar ditulis oleh Elizabeth Martin, Lauren Hynek, Rick Jaffa dan Amanda Silver, dan diterbitkan Walt Disney Pictures. Mulan bakal menemui penonton mulai 27 Mac 2020.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks