Review

Review Filem: Enter The Fat Dragon (2020)

Views

AMARAN SPOILER!!!

Sempena Tahun Baru Cina yang baru sahaja disambut oleh masyarakat Cina diseluruh dunia, para pengeluar filem juga tidak melepaskan peluang dalam menghasilkan filem filem menarik untuk ditonton bersama keluarga di pawagam pada hari perayaan ini.

Kalau pada akhir 2019, kita dihidangkan dengan sebuah filem aksi lakonan Donnie Yen iaitu Ip Man 4 yang begitu meriah sambutannya, pada awal 2020 pula, Donnie Yen sekali lagi menggegarkan industri filem antarabangsa dengan filem terbaru lakonan beliau iaitu Enter The Fat Dragon. Sebuah filem yang juga bercorak kepolisan. Donnie memegang watak seorang polis yang pada asalnya begitu cekap dan efisyen dalam menangani penjenayah di sebuah bandar.

Akhirnya beliau telah diturunkan pangkat akibat daripada sebuah kejadian yang tidak disangkanya. Beliau diturunkan pangkat untuk menjaga stor maklumat di sebuah ibu pejabat polis. Bermula dari itu, beliau mula menjadi kurang produktif dalam hidupnya dengan memakan makanan yang begitu banyak sehingga menyebabkan beliau kelihatan begitu gemuk. Hmmm… dalam gemuk gemuk dia pun, still boleh lawan dengan penjahat. Siap buat backflip lagi!!

Jalan cerita dalam filem Enter The Fat Dragon pada kali ini dilihat mempunyai persamaan dengan Bad Boys 3 iaitu bermotifkan dendam. Akan tetapi, Enter The Fat Dragon membawakan penceritaan yang berlainan coraknya berbanding BB3. Segalanya bermula apabila Donnie ditugaskan untuk mencari seorang lelaki yang terlibat dalam kes penyiasatan pengedaran dadah di Jepun.

Enter The Fat Dragon pada kali ini juga boleh dilihat sebagai sebuah filem “popcorn” yang mana menyajikan aksi yang cukup banyak kepada penonton sehingga hilang kesimbangan penceritaan filem ini sendiri. Sekiranya boleh dizahirkan dalam bentuk peratus. Filem Enter The Fat Dragon mengandungi ;

Aksi = 60%
Jalan Cerita = 25%
Komedi = 10 %
Ip Man = 5%

Atau dengan kata lain, Ip Man versi moden.

Namun sepertimana yang telah dijelaskan di atas, ini adalah sebuah filem popcorn yang sesuai ditonton seisi keluarga sempena musim perayaan ini dan tiada apa yang lebih boleh diharapkan dari filem ini sendiri.

Rating Kakimuvee : 6.5/10

Review overview

Rating Kakimuvee6.5

VERDICT

6.5Sebuah filem “popcorn” yang mana menyajikan aksi yang cukup banyak kepada penonton sehingga hilang kesimbangan penceritaan.

Tinggalkan Balasan

shares