Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Noah Hawley Arahkan Filem Star Trek Seterusnya


Setelah lama tertangguh, akhirnya Paramount Pictures telah menjumpai calon yang sesuai untuk ketuai krew Enterprise ke penggembaraan angkasa lepas yang penuh mencabar. Menurut laporan dari laman The Hollywood Reporter, pihak studio telah memilih Noah Hawley untuk arahkan filem Star Trek 4. 

Hawley lebih dikenali menerusi karya siri televisyen seperti Fargo yang diterbitkan pada 2014, dan siri X-Men Legion. Dia juga membuat penampilan pertamanya sebagai pengarah menerusi filem Lucy in the Sky dimana dia juga turut bertindak selaku penulis bersama.

Laporan THR turut menyebut, Star Trek 4 dijangka menyaksikan kepulangan Chris Pine sebagai James Kirk, Zachary Quinto sebagai Spock dan Zoe Saldana sebagai Uhura. Selain itu juga, filem terbaru Star Trek ini dikatakan tidak sama seperti satu lagi filem Star Trek yang kini sedang dibangunkan dan akan diarahkan oleh Quentin Tarantino.

Kali terakhir Captain Kirk dan krew muncul di layar perak adalah menerusi filem Star Trek Beyond arahan Justin Lin yang diterbitkan pada 2016. Seperti filem-filem sebelumnya, Star Trek Beyond turut mendapat pujian dari penonton dan pengkritik, tetapi ianya gagal dipentas box office apabila hanya mampu meraih $343.5 juta dolar sahaja berbanding modal pembikinan sebanyak $185 juta dolar.

Jadi kepada para peminat, adakah ada tidak sabar menantikan filem Star Trek 4? kongsikan pendapat anda.



Related posts

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee

Sonic the Hedgehog 3 Akan Memulakan Penggambaran Pada 31 Ogos Ini

Kakimuvee

[TRAILER] Saksikan Pandangan Pertama Filem Animasi ‘Paw Patrol: The Mighty Movie’

Kakimuvee

Beberapa Krew Cedera Semasa Melakonkan Aksi Lagak Ngeri ‘Gladiator 2’

Kakimuvee

[VIDEO] Transformers: Rise of the Beasts Beri Penghormatan Pada Legasi Peter Cullen Sebagai Optimus Prime

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee