Slot AsiaTrivia

10 Drama Korea 2019 Yang Menarik Untuk Ditonton [Part 1]

Views

Pasti ramai peminat-peminat drama Korea telah menyaksikan beberapa drama menarik untuk tahun ini. Antaranya Hotel del Luna, Designated Survivor : 60 Days dan The Fiery Priest. Malas hendak bermukadimah panjang, kami di Kakimuvee ingin kongsikan 10 Drama Korea 2019 yang menarik untuk ditonton pada tahun ini.

Harus diingat, kami memiliki senarai yang panjang, cuma buat masa ini kami kongsikan sebahagian sahaja terlebih dahulu, selepasnya akan dikongsikan pada artikel akan datang.

1. The Fiery Priest

20 episod (40 episod)

Drama aksi jenayah komedi ini mengisahkan Paderi Kim Hae Il (Kim Nam Gil) yang merupakan seseorang yang tidak boleh mengawal kemarahannya, dia merupakan bekas ejen NIS.

Kemarahannya semakin tidak terbendung apabila seseorang yang dianggap ayahnya, iaitu Paderi Lee dibunuh dan difitnah dengan mengatakannya membunuh diri kerana dakwaan menyalahguna kuasa dan mencabul seorang wanita. Perkara itu membuatkan Paderi Kim Hae Il berusaha mencari keadilan untuk Paderi Lee dan menyiasat siapa pelakunya sekaligus membongkar segala jenayah di bandar tersebut.

2. Doctor Prisoner

32 Episod

Na Yi-Je (Namgung Min) adalah pakar bedah dengan kemahiran yang sangat hebat dan dia juga seorang yang baik hati. Dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang bukan berpunca darinya. Kemalangan perubatan itu menyebabkan Na Yi-Je ditendang keluar dari hospital tempat dia bekerja. Dia kemudiannya mula bekerja sebagai ketua klinik perubatan di penjara dan merancang untuk membalas dendam.

BACA:  Star Wars: Siapakah Ibu & Bapa Rey? - Episode II

3. Hotel del Luna

16 Episod

Drama ini berlatarkan sebuah Hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menyeramkan, terletak di pinggir bandar Seoul. Pelanggan hotel ini terdiri dari hantu.

Goo Chan Sun (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus hotel elit, disebabkan takdir yang menimpanya, akhirnya dia menjadi pengurus Hotel del Luna, di mana pemilik hotel itu adalah Jang Man Wol (IU) yang cantik tetapi tamak dan angkuh. Jang Man Wol terperangkap dalam hotel itu bermilenium lamanya, dan hanya boleh melepaskan diri apabila dia menjumpai seseorang yang melakukan jenayah lagi teruk darinya.

4. Graceful Family

16 Episod


Mo Seok-Hee (Lim Soo-Hyang) adalah anak tunggal dan ayahnya menjalankan syarikat besar MC Group. Dia cantik, bijak dan kaya. Ibunya dibunuh 15 tahun yang lalu.

Heo Yoon-Do (Lee Jang-Woo) adalah seorang peguam, tetapi dia tidak mempunyai pejabat. Dia menyelesaikan masalah kecil penduduk kejiranan di sebuah restoran. Heo Yoon-Do menyertai pasukan TOP di MC Group. Pasukan TOP mengurus urusan keluarga syarikat MC Group. Tugas mereka meliputi tingkah laku tidak bermoral atau menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh keluarga tersebut. Han Je-Kook (Bae Jong-Ok) mengetuai pasukan TOP.

Mo Seok-Hee dan Heo Yoon-Do bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran apa yang berlaku di sebalik kematian ibu Mo Seok-Hee

BACA:  Bintang K-Pop & Pelakon, Goo Hara Ditemui Meninggal Dunia

5. Partner For Justice Musim 2

16 Episod

Doktor forensik Baek Beom (Jung Jae-Young) mempunyai keraguan tentang kematian Oh Man-Sang. Baek Beom cuba untuk mendedahkan kebenaran sama ada Oh Man-Sang benar-benar mati atau tidak. Eun Sol (Jung Yoo-Mi) masih bekerja dengan Baek Beom. Do Ji-Han (Oh Man-Seok) adalah pendakwaraya yang akan bekerjasama dengan Baek Beom dan Eun Sol.

6. Hell Is Other People

10 Episod

Yoon Jong-Woo (Im Si Wan) merupakan lelaki berusia 20-an. Dia tinggal di sebuah bandar kecil sepanjang hidupnya, tetapi dia mendapat kerja di sebuah pejabat kecil di Seoul. Yoon Jong-Woo berpindah ke Seoul dan tinggal di sebuah apartment murah yang mana berkongsi dapur dan bilik air dengan penduduk lain. Yoo Jong-Woo tidak suka tinggal di situ dan dia tidak suka penduduk lain yang dirasakannya pelik dan mencurigakan.

7. When The Devils Call Your Name

16 Episod

Ha Rib (Jung Kyoung-Ho) adalah penulis lagu popular dan beliau telah menulis banyak lagu hit. Beliau memiliki kekayaan, prestasi dan juga memegang satu rahsia. Rahsia beliau ialah beliau mampu menulis lagu-lagu hit, kerana beliau menjual jiwanya kepada syaitan.

BACA:  Jangan Tonton Kalau Takut! Saksikan Trailer Filem Seram Turki, Siccin 6 Yang Ditayangkan Pada Ogos Ini

8. Voice 3: City of Accomplices

16 Episod

Drama musim ketiga yang berlatarkan panggilan kecemasan dan jenayah brutal ini mengisahkan tentang aktiviti ganas kartel antarabangsa dan juga jenayah internet dark web

9. Designated Survivor : 60 Days

16 Episod

Park Moo-Jin (Ji Jin-Hee) adalah bekas profesor kimia dan kini memegang jawatan Menteri Alam Sekitar. Beliau tidak mempunyai cita-cita, kepentingan peribadi atau pengetahuan tentang politik sebagai ahli politik. Pada suatu hari, pegawai kerajaan berpangkat tinggi berkumpul di pejabat Presiden. Letupan kemudian berlaku, membunuh ramai pegawai kerajaan, termasuk Presiden. Park Moo-Jin adalah pegawai kerajaan tertinggi yang ditinggalkan hidup. Dia tidak mahu kedudukannya, tetapi dia mesti memegang jawatan sebagai presiden selama 60 hari.

10. Doctor John

16 Episod

Drama ini akan mengikuti kisah tentang doktor yang mempunyai kepakaran dalam menguruskan kesakitan. Setiap episod akan menunjukkan pesakit dalam kesakitan yang tidak tahu punca dari mana dan doktor akan mencari punca dari mana datang sakit tersebut.

Tinggalkan Balasan

shares