Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

NATIONAL TREASURE Bakal Lengkapkan Trilogi


Benjamin Franklin Gates bakal kembali memburu harta karun! Menurut laporan THR, filem National Treasure 3 bakal dihasilkan dengan penulis skrip Bad Boys for Life, Chris Bremner dipertanggungjawabkan untuk merangka skrip filem ketiga itu. Selain itu juga, Jerry Bruckheimer turut dilaporkan kembali sebagai penerbit.

Diarahkan Jon Turteltaub, filem pertama National Treasure (2004) menyaksikan Nicolas Cage membawa watak ahli kaji sejarah Benjamin Franklin Gates yang menemui peta harta karun disebalik dokumen ‘Declaration of Independence’. Kejayaan filem pertama yang meraih $347.5 juta dolar seluruh dunia telah mendorong penghasilan sekuel berjudul National Treasure: Book of Secret pada 2007.

Bagaimanapun, trilogi tidak dapat dilengkapkan apabila perancangan filem ketiga tergantung begitu sahaja. Difahamkan, antara sebab filem tiga masih tergantung adalah kerana pihak Disney ingin memberi fokus kepada filem lain yang mampu memberi pulangan yang lebih besar serta tidak berpuas hati dengan penceritaannya.

Setakat ini tidak dipastikan sama ada filem National Treasure 3 akan ditayangkan dipawagam atau untuk platfrom penstriman video DisneyPlus


Related posts

Jerry Bruckheimer Masih Bangunkan “National Treasure 3” Bersama Nicolas Cage

Kakimuvee

“Lightyear” Diharamkan Di 14 Buah Negara – Termasuk Malaysia

Kakimuvee

Skrip “National Treasure 3” Sedang Ditulis, Penerbit Mahukan Nicolas Cage

Kakimuvee

Catherine Zeta-Jones Disahkan Membintangi Siri Terbaru Disney+ “National Treasure”

Kakimuvee

Emma Stone Bawa Masalah Dalam Trailer Terbaru “Cruella”

Kakimuvee

#BoycottMulan Kembali Popular Selepas “Mulan” Memulakan Tayangannya Dipawagam

Kakimuvee