Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jerry Bruckheimer Masih Bangunkan “National Treasure 3” Bersama Nicolas Cage


Awal tahun ini, penerbit lagenda Jerry Bruckheimer mengusik bahawa skrip untuk filem ketiga National Treasure sedang ditulis, dan kini dia memberi kemaskini tentang status sekuel itu.

Bercakap kepada E! News baru-baru ini, Bruckheimer memberitahu bahawa mereka sedang membangunkan filem baharu, dan sekali lagi menyebut bahawa Nicolas Cage masih lagi terlibat dengan projek itu. 

Kami bagitahu yang kami ingin membuat satu lagi National Treasure dan mereka berkata, ‘Sudah tentu, mari kita buat dengan pelakon baharu,’” kata Bruckheimer.

“Pada masa yang sama, kami sedang membangunkan National Treasure untuk tayangan pawagam bersama Nicolas Cage. Jadi, ia masih dieruskan.”

Sebelum ini, Bruckheimer mengatakan bahawa dia dan Cage sedang membantu untuk membuat skrip untuk filem itu, tetapi tidak banyak yang boleh diperkatakan oleh mereka buat masa itu.


Pengesahan penerbit itu sudah tentunya mengembirakan peminat National Treasure yang berharap Cage akan kembai untuk filem seterusnya.

Dengan siri Disney+ National Treasure: Edge of History bakal menemui penonton tidak lama lagi, dan jaminan Bruckheimer bahawa filem ketiga akan dihasilkan, ia akan menandakan kebangkitan besar untuk francais ini yang pernah popular satu ketika dahulu. 

Filem terakhir aksi-penggembaraan ini, National Treasure: Book of Secrets, yang dikeluarkan pada 2007 merupakan satu kejayaan besar dengan memperoleh kutipan box office lebih AS$450 juta walaupun mendapat ulasan yang bercampur-campur.


Related posts

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicolas Cage Bintangi Filem Keluaran A24 “Dream Scenario”

Kakimuvee

Skrip “National Treasure 3” Sedang Ditulis, Penerbit Mahukan Nicolas Cage

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedah Impian Untuk Bawa Watak ‘Villain’ Batman

Kakimuvee

Nicolas Cage Tiada Perancangan Untuk Bersara Dari Dunia Lakonan

Kakimuvee

Nicolas Cage & John Travolta Berminat Untuk Kembali Dalam Sekuel “Face/Off 2”

Kakimuvee