
Filem live-action terbaru Disney Mulan telahpun memulakan tayangannya semalam di beberapa negara yang tiada perkhidmatan streaming Disney+ termasuklah Malaysia.
Namun begitu, Mulan berhadapan dengan ancaman boikot di beberapa negara di Asia selepas kontroversi yang membabitkan pelakon utamanya, Liu Yifei kembali diperkatakan aktivitis.
Kontroversi bermula pada Ogos tahun lalu selepas pelakon kelahiran Wuhan, China itu mencetuskan kemarahan ramai apabila memuat naik status menyatakan sokongannya terhadap polis Hong Kong, yang bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi sewaktu krisis China-Hong Kong.
“Saya menyokong polis Hong Kong. Kamu boleh serang saya sekarang,” demikian status dikongsinya di Weibo yang mana asalnya ditulis seorang pemberita dari Global Times.
Tulisannya itu mendapat reaksi marah dari orang ramai sehingga mereka memulakan kempen #BoycottMulan yang menjadi popular pada ketika itu. Kini, ia kembali diperkatakan di internet selepas tayangnya dimulakan semalam.
Warganet dari sekitar Korea Selatan, Taiwan, Thailand, dan negara lain mendakwa pelakon itu menyokong keganasan pihak berkuasa yang bertentangan dengan kebebasan demokrasi.
Filem terbitan Disney itu sepatutnya dijadualkan mula ditayangkan pada 27 Mac lalu namun terpaksa ditangguh selama tiga kali berikutan penularan pandemik Covid-19 selain panggung wayang ditutup beberapa bulan.
Sumber: Harian Metro
This film is released today. But because Disney kowtows to Beijing, and because Liu Yifei openly and proudly endorses police brutality in Hong Kong, I urge everyone who believes in human rights to #BoycottMulan. https://t.co/utmP1tIWNa
— Joshua Wong 黃之鋒 😷 (@joshuawongcf) September 4, 2020
พรุ่งนี้ Mulan เริ่มฉายวันแรก แต่เรายังไม่ลืมที่นักแสดงมู่หลานสนับสนุนการใช้ความรุนแรงของตำรวจต่อผู้ชุมนุมฮ่องกงที่ต่อสู้เพื่อเสรีภาพและประชาธิปไตย
— Netiwit Chotiphatphaisal (@NetiwitC) September 3, 2020
เชิญชวนทุกคน #BoycottMulan #BanMulan เพื่อให้ทางดีสนีย์และรัฐบาลจีนรู้ว่าความรุนแรงของรัฐต่อประชาชนเป็นสิ่งที่ยอมรับไม่ได้ pic.twitter.com/g7bkIoTo9r