Berita

Filem Keempat BAD BOYS Bakal Dihasilkan!

Views

Filem Bad Boys for Life baru sahaja memulakan tayangannya di Amerika Syarikat minggu ini, tetapi studio Sony Pictures telah mengumumkan perancangan filem Bad Boys 4. Penulis skrip Bad Boys for Life, Chris Bremner (yang turut menulis filem National Treasure 3 untuk Disney) akan menulis untuk filem akan datang, manakala pelakon utama Will Smith dan Martin Lawrence dijangka kembali membawa karakter masing-masing.

Bad Boys for Life mengisahkan tentang Jabatan Polis Miami dan pasukan elit AMMO yang bekerjasama untuk menumpaskan Armando Armas, ketua kartel dadah.

Smith dan Lawrence kembali memainkan peranan sebagai Detective Mike Lowrey dan Marcus Burnett. Turut kembali adalah Joe Pantoliano yang memainkan peranan sebagai Captain Howard, Theresa Randle sebagai Theresa, isteri Marcus. Manakala pelakon-pelakon baru terdiri daripada Vanessa Hudgens, Alexander Ludwig, Charles Melton, Jacob Scipio dan DJ Khaled.

Adil El Arbi dan Bilall Fallah mengarahkan filem ketiga Bad Boys berdasarkan skrip yang ditulis oleh Peter Craig, Joe Carnahan dan Chris Bremmer. Jerry Bruckheimer kembali sebagai penerbit bersama-sama Doug Belgrad, Will Smith, Barry Waldman, Mike Stenson, Chad Oman dan James Lassiter.

BACA:  Reaksi Awal A QUIET PLACE: PART II, Sifatkan Sebagai Sekuel Yang Kreatif & Penuh "Suspense"!

Bad Boys for Life akan ditayangkan pada 23 Januari 2020.

Tinggalkan Balasan

shares