Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak Antara Yang Terlibat Dalam Filem BAKARA


Desas-desus mengenai filem terbaru Adrian Teh akhirnya terjawab apabila dia sekali lagi diberi tanggungjawab oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mengarahkan sebuah lagi filem aksi ketenteraan berjudul Bakara.

Pekara tersebut diumumkan dalam Majlis Pelancaran Filem Bakara di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, malam semalam.

Berdasarkan kejadian sebenar pertempuran di Mogadishu, Somalia pada tahun 1993, Bakara merupakan filem adaptasi Black Hawk Down versi Malaysia dimana ia memaparkan sisi pasukan tentera Malaysia (Malbatt) yang terlibat dalam operasi menyelamat pasukan tentera Amerika Syarikat yang dikepung ribuan pengikut Farrah Aidid semasa pentempuran di Bakara Market, Somalia.

Diterbitkan syarikat produksi Act 2, Bakara bakal membariskan pelakon tangkas Hairul Azreen, Bront Palarae, Shaheizy Sam, Remy Ishak dan Fauzi Nawawi. Lebih menarik, filem ini akan turut menggunakan anggota ATM sebenar dan aset ketenteran.

Adrian Teh telah diberi bajet pembikinan lebih RM20 juta untuk menghasilkan filem yang mantap dan berkualiti. Setakat ini, tarikh tayangan Bakara masih lagi tidak diketahui.


Sumber: Astro Awani


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee