Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Minions Cakap “Nasik Goreng Kicap” Dalam Klip Terbaru “Minions: Rise of Gru”


Peminat Minions mungkin terpaksa menunggu lama sebelum dapat menyaksikan filem animasi terbaru Minions: Rise of Gru.

Namun, klip video terbaru sudah cukup untuk membuatkan peminat teruja. Dalam klip tersebut, salah satu ‘minions’ telah meminta izin kepada Gru untuk tidur bersama selepas diganggu mimpi ngeri.

Apa yang menariknya, minions tersebut bercakap ‘nasik goreng kicap manis’ dan iikuti ‘terima kasih’ kepada Gru selepas membenarkannya untuk tidur bersama.

Ini bukan kali pertama ‘minions’ bercakap bahasa melayu. Dalam filem Minions (2015), makhluk kuning itu menuturkan beberapa ayat bahasa melayu seperti ‘terima kasih’. Cuma, untuk kali ini, ia mungkin menimbul keterujaan kerana dialog bahasa melayunya agak panjang dan comel untuk didengari. 

Jadi, bagi yang menonton klip terbaru Minions: Rise of Gru, anda boleh saksikannya dipemain video dibawah. 


Minions: The Rise of Gru akan menceritakan kisah asal usul dan bagaimana para ‘minions’ menjadi pengikut supervillain Despicable Me, Gru. Dipenghujung babak filem Minions, telah dipaparkan watak Gru semasa kanak-kanak, dan menyaksikan para minion mula mengikuti dia selepas melihat Gru berpotensi menjadi tuan mereka.

Minions yang ditayangkan pada 2015 telah berjaya meraih $1.159 bilion dolar seluruh dunia dan menjadi filem kesebelah paling tinggi kutipan sepanjang zaman. Ia mengisahkan tentang penggembaraan tiga ‘minions’ – Kevin, Stuart dan Bob – yang cuba mencari tuan baru untuk puaknya. Pencarian ketiga-tiga Minions itu membawa kepada pertemuan dengan penjahat terhebat, iaitu Scarlet Overkill. Mereka bagaimanapun perlu menghadapi cabaran hebat untuk menyelamatkan seluruh puaknya … dari diancam kepupusan.

Pierre Coffin kembali menyuarakan watak Kevin, Stuart dan Bob. Dia turut disertai Steve Carell sebagai Gru, Russell Brand sebagai Dr. Nefario dan pelakon terkenal iaitu Kevin Hart, Margot Robbie serta Dave Bautista.

Minions: Rise of Gru akan menemui penonton pada 2 Julai 2021.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee