Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tiada ‘Green Screen’ Dalam Filem “Top Gun: Maverick”


Mesti ramai peminat tidak sabar untuk menyaksikan filem sekuel Top Gun: Maverick. 

Seperti yang kita lihat dalam trailer ataupun video ‘featurettes’, kita dapat jangkakan yang filem aksi akan datang bakal menampilkan babak-babak aksi diudara. Malah, telah tersebar beberapa gambar yang memaparkan pelakon utamanya, Tom Cruise sedang menjalani latihan penerbangan.

Bagi memberi gambaran mengenai aksi-aksi dalam Top Gun: Maverick, salah seorang pelakonnya, Miles Teller telah kongsikan latihan yang mereka lalui sebagai persediaan untuk merakamkan adegan-adegan aksi diudara.

Menurut Teller, dia kini boleh menerbangkan jet pejuang setelah tiga bulan menjalani latihan penerbangan. Lebih menarik, dia mendedahkan bahawa segala aksi dalam filem Top Gun tidak akan menggunakan layar hijau (green screen). 

“Tiada layar hijau dalam filem Top Gun” kata Teller.


Teller juga turut kongsikan pengalaman menjalani latihan penerbangan dengan pasukan juruterbang akrobatik. 

“Saya menjalani latihan penerbangan sekitar tiga bulan sebelum memulakan penggambaran. Ia sangat penting pada masa itu supaya selesa dengan pesawat, dan juga untuk meningkatkan toleransi G-Force, kerana element diudara dirakam secara praktikal”.

“Latihan dimulakan dengan pesawat Cessna, sebelum bertukar ke Extra 300, sebuah pesawat akrobatik, dimana anda mula meningkatkan toleransi G. Kemudian, kami berlatih dengan L-39 Albatros, terbang dengan juruterbang yang dipanggil The Patriots, iaitu orang awam yang setaraf dengan Bule Angels.”

Selain menjalani latihan penerbangan, Teller turut mendedahkan secara terperinci bahawa setiap pelakon harus menjalani latihan intensif, termasuklah lulus latihan ‘Naval Aviation Survival.’

Top Gun: Maverick akan berlatarbelakangkan zaman dimana dunia telah dipenuhi dengan teknologi dron dan generasi kelima jet pejuang yang menyaksikan era ‘dogfighting’ telah berakhir. Maverick kini telah menjadi pengajar juruterbang, dan mengambil Bradley Bradshaw (Lakonan Miles Teller), anak bekas rakan sepasukannya, Nick “Goose” Bradshaw, sebagai anak muridnya.

Filem arahan Joseph Kosinski ini turut dibintangi Jon Hamm, Val Kilmer, Jennifer Connelly, Gleen Powell dan Ed Harris. Skrip filem ditulis Peter Craig, Justin Marks dan Eric Warren Singer. Paramount Pictures telah menetap tarikh tayangan Top Gun: Maverick pada 26 Jun 2020.

Top Gun: Maverick akan ditayangkan pada 2 Julai 2021.

Sumber: Men’s Journal


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee