Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Dari Ellen Ke Elliot, Ellen Page Kini Menjadi “Lelaki”

Bintang Umbrella Academy dan X-Men, Ellen Page mendedahkan bahawa dia kini bergelar transgender selepas menukar jantina menjadi seorang lelaki.

Dia mengumumkan pekara itu dilaman Instagram miliknya, dan telah menggantikan namanya dari Ellen Page ke Elliot Page. 

Hai semua, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya adalah seorang transgender. Nama saya kini adalah Elliot.

“Saya bangga untuk berkongsi perkara ini. Saya tak sangka mampu sampai ke tahap ini dalam hidup saya,” katanya.

Menerusi kenyataan yang dikongsikan, Page dilihat terbuka berkongsi pengalamannya menjadi transgender.

Saya bahagia dengan pilihan yang dibuat tetapi dalam masa sama berasa takut dengan tindakan agresif, kebencian, kutukan atau kekerasan.

“Jadi cukup-cukuplah anda melukai orang lain. Saya salah seorang daripada mereka (komuniti transgender) dan kami tidak akan diam menghadapi serangan anda,” katanya.

Untuk info, Page pernah mendedahkan kepada umum bahawa dia adalah ‘wanita homoseksual’ pada 2014, dan telah menikahi pasangannya yang juga penari profesional Kanada, Emma Portner pada 2018.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

Leave a Comment