Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′


Trailer terbaru Despicable Me 4 telah dikeluarkan, dan memberi paparan kepada penonton sekumpulan “Mega Minions’ yang datang membantu Gru dan keluarganya untuk menyelamatkan keadaan.

Trailer terbaru itu memaparkan sekumpulan Minions berkuasa, yang ditugaskan untuk menewaskan Maxime Le Mal lakonan Will Ferrell. Kumpulan Minions baru itu memiliki pelbagai kuasa super seperti kekuatan luarbiasa, laser yang dipancarkan dari mata dan banyak lagi.

Anda boleh tonton trailer terbaru Despicable Me 4 dibawah:

Ansuran terbaru ini menampilkan kepulangan Steve Carell sebagai Gru, Miranda Cosgrove sebagai Margo, Kristen Wiig sebagai Lucy, Dana Gaier sebagai Edith, Madison Polan sebagai Agnes, Steve Coogan sebagai Silas Ramsbottom dan Pierre Coffin sebagai Minions.

Turut menyertai francais blockbuster itu ialah Sofia Vergara, Joey King, Stephen Colbert, dan Chloe Fineman. Ia diterbitkan oleh Chris Meledandri dan Brett Hoffman.


Despicable Me 4 diarahkan oleh Chris Renaud dan Patrick Delage berdasarkan lakonlayar yang ditulis oleh Mike White dan Ken Daurio.


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee

THE EXORCIST: BELIEVER Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 5 Oktober Ini

Kakimuvee