Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Jim Parsons & Mayim Bialik Kembali Sebagai Sheldon & Amy Dalam Gambar Siri Finale YOUNG SHELDON


CBS telah kongsikan gambar rasmi pertama dari finale Young Sheldon, yang menampilkan penampilan istimewa alumni The Big Bang Theory, Jim Parsons dan Mayim Bialik.

Foto-foto itu memberikan pandangan pertama kepada peminat kemunculan semula Jim Parson sebagai Sheldon Cooper Parsons dan Mayim Bialik sebagai Amy Fowler.

Kali terakhir mereka dilihat oleh peminat semasa siri akhir sitkom asal pada 2019, di mana pasangan suami isteri itu menjadi pemenang bersama Hadiah Nobel. Siri finale Young Sheldon akan berdurasi selama sejam dan akan ditayangkan pada 16 Mei.

Susulan siri finale Young Sheldon, satu lagi spin-off The Big Bang Theory akan dihasilkan. Siri tersebut akan bertajuk Georgie & Mandy’s First Marriage, yang akan mengikuti watak lakonan Montana Jordan dan Emily Osment ketika mereka baru berkahwin dan membesarkan keluarga muda mereka semasa di Texas. CBS dijangka melancarkan siri komedi itu pada pertengahan tahun ini.

Dicipta oleh Chuck Lorre dan Steven Molaro, Young Sheldon dibintangi Iain Armitage, Zoe Perry, Lance Barber, Montana Jordan, Annie Potts, Emily Osment, Raegan Revord dan Matt Hobby.


Sitcom itu diterbitkan oleh Chuck Lorre Productions dengan kerjasama Warner Bros. Television.


Related posts

7 GENIUS CHARACTERS YOU CAN’T HELP BUT LOVE

Zulaikha

10 Sitcom Menarik & Kelakar Berdasarkan Ranker

Kakimuvee

YOUNG SHELDON RETURNS FOR FOURTH SEASON SAME DAY AS THE U.S. ON 6 NOV ON WARNER TV

Zulaikha

Brie Larson Kongsi Pengalaman Sertai Uji Bakat The Big Bang Theory, The Hunger Games & Banyak Lagi

Kakimuvee