Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

THE SUPER MARIO BROS. 2 Mungkin Mulakan Nintendo Cinematic Universe


Chris Pratt memberitahu bahawa filem The Super Mario Bros. Movie2 mungkin akan memulakan Nintendo Cinematic Universe.

Bercakap kepada ScreenRant baru-baru, Pratt membincangkan masa depan yang mungkin tersimpan dalam The Super Mario Bros. 2

“Oh, man! There’s so much to explore,” – Pratt, Screenrant.

“There are decades worth of [games] to explore, not only with Mario and Peach and Donkey Kong and Luigi and Bowser and Yoshi; that was teased at the end. But it just gets me so excited. I was such a Nintendo head growing up, so just thinking about how everything from Legend of Zelda to the entire Nintendo Cinematic Universe could be created and what that could look like for all of these characters that I love? I mean, there’s really no limit. We could talk about it for hours.”

Filem terbaru Super Mario Bros. Movie dijadualkan tayangan pada 3 April 2026, namun buat masa ini tidak dipastikan sama ada filem itu akan berfungsi sebagai sekuel langsung atau spin-off kepada filem tahun 2023.


Pengarah Kingdom of the Planet of the Apes, Wes Ball juga sedang mengerjakan filem aksi langsung Legend of Zelda, yang buat masa ini masih belum mempunyai tarikh tayangan.

Permainan video Nintendo memiliki banyak karakter permainan video yang berpotensi dan terdapat beberapa karakter seperti Mario, Link dan Mega Man, telah bertemu dalam platform crossover, seperti Super Smash Bros. Bagaimanapun, potensi untuk melihat Nintendo Cinematic Universe masih perlu dilihat kerana ia melibatkan perancangan jangka panjang pihak studio dan penerbit.

Filem Super Marios Bros. Movie telah dilancarkan pada April 2023, dan walaupun mendapat ulasan bercampur dari pengkritik, filem itu berjaya mencipta kejutan dengan memperoleh kutipan melebihi AS$1.3 billion di box office seluruh dunia dengan bajet pembikinan sekitar AS$100 juta.

Pelakon suara dalam filem itu termasuklah Pratt sebagai Mario, Anya Taylor-Joy sebagai Princess Peach, Charlie Day sebagai Luigi, Jack Black sebagai Bowser, Keegan-Michael Key sebagai Toad, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, dan Fred Armisen sebagai Cranky Kong. Filem tersebut diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic.


Related posts

Nintendo Lancar Trailer “The Super Mario Bros. Movie” Lakonan Chris Pratt

Kakimuvee

Filem Animasi “Super Mario Bros.” Lakonan Chris Pratt Dapat Poster Berwarna-Warni

Kakimuvee

Chris Pratt Kata “Guardians of the Galaxy Vol. 3” Adalah ‘Masterpiece’

Kakimuvee

Penerbit “Super Mario” Puji Prestasi Chris Pratt

Kakimuvee

Jangan Main-Main Dengan Chris Pratt Dalam Trailer “The Terminal List”

Kakimuvee

Samuel L. Jackson Bergandingan Dengan Chris Pratt Dalam Filem Animasi Terbaru “Garfield”

Kakimuvee