Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
StreamingTrivia

Matlamat Suci Loki Ditunjukkan Dalam Finale Siri ‘Loki’


Siri finale Loki akhirnya mendedahkan pekara sebenar tentang apa yang berlaku pada “Sacred Timeline” selepas Slyvie membunuh ‘He Who Remains’. Loki, yang akhirnya dapat mengawal abiliti ‘Time Slipping’, telah cuba pelbagai cara untuk menyelamatkan ‘Sacred Timeline’ dari musnah sehinggalah dia akhirnya mengentahui tujuan sebenar ‘He Who Remains’ yang memilihnya untuk melaksanakan perancangan penjahat utama siri itu.

Ternyata, ‘Temporal Loom’ ciptaan ‘He Who Remains’ adalah ‘fail-safe’ untuk ‘Sacred Timeline’ dimana ia akan memusnahkan cabang-cabang ‘timeline’ dan dalam masa yang sama memelihara ‘Sacred Timeline.’

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pembentukan cabang ‘timeline’, sekaligus membendung perang multiverse antara varian Kang dan mengekalkan ‘He Who Remains’ pada takhtanya. Loki sudah tentunya melihat perang multiverse adalah pekara yang sangat menakutkan, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu membunuh Slyvie. Pilihan itu meletakkan Loki dalam dilema sama ada dia mahu menyelamatkan ‘Sacred Timeline’ atau terpaksa membunuh ‘love interest’nya.

KENAPA HE WHO REMAINS MEMILIH LOKI UNTUK MELAKSANAKAN PERANCANGANNYA?

Semasa di penghujung musim pertama, Loki dan Slyvie telah sampai ke ‘end of time’ dimana mereka pertama kali bertemu He Who Remains. Disana, penjahat itu telah memberi amaran bahawa sekiranya dia dibunuh, ia akan memusnahkan ‘Sacred Timeline’ dan sekaligus akan membebaskan lebih banyak varian yang menyerupainya dan mencetuskan perang ‘multiverse.’


Walaupun ‘He Who Remains’ mendakwa bahawa dia tahu tentang perjalanan semua makhluk hidup dibawah pemerintahannya dan boleh menguasai masa. Penjahat itu sebenarnya tidak dapat mengelak takdir bahawa dia akan mati ditangan Slyvie. Kitaran hidupnya lebih kepada ‘time-loop’ dimana dia akhirnya akan mati dibunuh Slyvie.

‘End of time’ secara tersiratnya bermaksud bahawa pemerintahannya akan berakhir, dan peranti ‘Temporal Loom’ sebenarnya adalah ‘fail-safe’ bagi ‘timeline’-nya untuk ‘reset’ dan dia kembali berkuasa sehinggalah dia menemui jalan untuk mengelakkan takdir dari mati ditangan Slyvie.

Semasa penghujung episod terakhir Loki musim 2, ‘He Who Remains’ mendedahkan segala-galanya kepada Loki, dan kenapa dia berbanding varian-varian Loki yang lain. Dia telah melihat keazaman Loki untuk menyelamatkan ‘Sacred Timeline’ dan telah menetapkan perjalanannya sepanjang usahanya untuk menyelamatkan garis masa suci itu sehinggalah dia akhirnya boleh menguasai ‘Time-Slipping.’

 

Walaupun dia mendakwa boleh menguasai masa, ‘He Who Remains’, seperti makhluk hidup yang lain, tidak boleh mengentahui masa hadapan. Kehidupannya tersekat di ‘End of Time,’ dan dia perlu menyakinkan Loki untuk membunuh Slyvie dan menyelamatkan ‘Sacred Timelime,’ atau secara tersiratnya, mengekalkan penguasaannya di alam semesta.

Ketika sudah berputus asa, Loki akhirnya menemui matlamat sucinya, terima kasih pada kata-kata Slyvie, yang turut menyedari bahawa untuk menyelamatkan ‘Sacred Timelime’ adalah dengan membunuhnya, agar dia tidak membunuh ‘He Who Remains’. Kata-kata Slyvie bahawa mereka yang tertidas perlu diberi peluang untuk melawan telah memberikan tujuan murni kepada Loki, iaitu dengan mengorbankan dirinya.

Maksudnya disini, Loki perlu melepaskan kehidupannya demi menyelamatkan jutaan nyawa di setiap ‘timeline’ dari dimusnahkan oleh ‘Temporal Loom.’

LOKI KINI MENJADI ‘TIMELINE KEEPER’ MARVEL CINEMATIC MULTIVERSE

Diakhir siri finale, Loki melaksanakan aksi heroic terakhirnya, berjalan merentasi radiasi merbahaya dan memusnahkan ‘Temporal Loom.’ Dengan kemusnahan ‘Temporal Loom’, semua cabang timeline telah dibebaskan, termasuk yang bergelar ‘Sacred Timeline.’

Tetapi, melihat kesemua ‘timeline’ tersebut seolah-olah telah mati, dia mengambil semua cabang dan menyalurkan kuasanya bagi menghidupkan kembali cabang-cabang timeline itu. Disinilah kita melihat banyak cabang-cabang timeline yang membentuk seperti pokok bernama Yggdrasil dengan Loki berada ditengah-tengah, menyalurkan kuasanya untuk memastikan setiap timeline kekal hidup.

 

Penamat Loki akhirnya mendedahkan tujuan murni watak kegemaran peminat itu, dimana dia kini menggantikan tempat ‘He Who Remains’ sebagai penjaga ‘timeline’, atau lebih mungkin lebih tepat sekali, ‘Marvel Cinematic Multiverse.’

Selain itu juga, turut didedahkan peranan sebenar TVA, iaitu mengekang varian Kang dari mencetuskan perang multiverse seperti yang pernah diberikan amaran oleh ‘He Who Remains.’

DIMANAKAN LOKI DITETAPKAN DALAM TIMELINE MCU.

Ini adalah teori penulis dan sebarang ‘input’ adalah sangat dialu-alukan.

Semasa siri Loki ditayangkan, beberapa filem MCU bercorak ‘multiverse’ seperti Doctor Strange in the Multiverse of Madness telah ditayangkan kepada umum. Filem bercorak ‘multiverse’ ini sudah tentu memberi kekeliruan kepada penonton kerana menurut siri Loki, setiap varian yang memasuki ‘timeline’ yang bukan ‘timeline’nya, akan ditangkap dan cabang ‘timeline’ itu akan dihapus.

Ini merujuk pada setiap cabang yang muncul pada ‘Sacred Timeline’, dimana cabang-cabang itu akan dimusnahkan oleh TVA.

Memandangkan Doctor Strange telah pergi ke pelbagai ‘timeline’, pasti peminat tertanya-tanya kenapa dunia yang dilawat Doctor Strange, tidak dimusnahkan oleh TVA.

Melihat pada permulaan siri ini, iaitu sebaik sahaja peristiwa dalam filem Avengers, adalah selamat untuk kita mengatakan bahawa, siri ini berlaku sebelum peristiwa-peristwa besar dalam MCU seperti Age of Ultron, Infinity War dan Endgame.

Terima kasih pada Loki yang mengorbankan kehidupannya dengan menjadi penjaga ‘timeline’, kita kini boleh melihat dunia multiverse MCU. Bayangkan jika Loki menurut perintah He Who Remains? pasti kita akan melihat hero-hero Avengers ditangkap TVA semasa sedang mencuri batu-batu Infiniti di ‘timeline’ bukan tempat asal mereka.


Related posts

K-Drama Jenayah CRUSH Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Pada 13 Mei Ini

Kakimuvee

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Raikan Musim Raya Dengan Rancangan Menarik Di Prime Video April Ini!

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee