Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Illumination Tetapkan Tarikh Tayangan “Despicable Me 4”


Gru dan Minions akan kembali! 

Universal Pictures dan Illumination telah mengumumkan tarikh tayangan filem keempat Despicable Me yang dinanti-nantikan, iaitu pada 3 Julai 2024.

Filem animasi terbaru itu menyaksikan Steve Carell, Kristen Wiig, Pierre Coffin, Miranda Cosgrove dan Steve Coogan kembali meneruskan peranan masing-masing. 

Despicable Me 4 diarahkan oleh Chris Renaud, yang sebelum ini telah mengarahkan dua filem pertama Despicable Me, dengan Patrick Delage akan menjadi pengarah bersama dari skrip yang ditulis oleh Mike White. Setakat ini, butiran lanjut mengenai filem akan datang masih belum didedahkan. 

Di samping berita Despicable Me 4, Illumination dan Universal turut mengumumkan filem asli terbaru bertajuk Migration, yang akan dilancarkan di pawagam pada 30 Jun 2023. 


Migration mengikuti kisah keluarga itik, dengan Illumination menyifatkannya sebagai “Komedi moden yang mengikuti kisah keluarga itik yang cuba menyakinkan bapa mereka untuk bercuti ketika mereka berhijrah dari New England, melalui New York City, dan akhirnya ke Bahamas. 

Migration akan diterbitkan oleh pengasas Illumination, Chris Meledandri dan diarahkan oleh calon Oscar Benjamin Renner (Ernest et Célestine), dengan lakon layar asal oleh Mike White.


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda

Kakimuvee