Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Saya Rasa Wanita Tidak Patut Bawa Watak James Bond” – Ketua Francais James Bond


Dengan perjalanan Daniel Craig sebagai James Bond telah berakhir menerusi filem No Time to Die, spekulasi mengenai siapa yang boleh memainkan watak ejen rahsia ikonik itu terus berlarutan. Menurut ketua francais, watak itu boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja, tetapi bukan wanita. 

Bercakap dalam temu bual dengan The Hollywood Reporter, Barbara Broccoli — yang mengawal francais filem James Bond bersama abang tirinya Michael G. Wilson — membincangkan tentang Bond yang baharu. Menurut Broccoli, pelakon itu mungkin dari mana-mana kaum atau etnik, tetapi Brokoli merasakan seorang wanita tidak harus memainkan peranan itu. 

“Saya rasa ia sepatutnya lelaki kerana saya tidak merasakan seorang wanita harus memainkan watak James Bond,” kata Broccoli.

“Saya percaya dalam mencipta watak untuk wanita dan bukan hanya wanita memainkan peranan lelaki. Banyak peranan hebat untuk wanita, dan sangat penting bagi saya untuk membuat filem untuk wanita tentang wanita. Dia sepatutnya orang British, jadi orang British boleh jadi sesiapa sahaja [etnik atau bangsa].”

Broccoli turut berkata, walaupun Bond baru perlu dihasilkan, dia tidak berminat untuk membincangkan siapa yang patut membawa watak itu sekarang. Sebaliknya, dia lebih suka membiarkan peminat meraikan legasi Craig untuk watak itu dengan lebih lama. 


“Saya mahu membiarkan filem ini terlebih dahulu dan ingin meraikan pencapaian luar biasa Daniel yang telah dilakukannya selama 16 tahun,” kata Broccoli.

“Orang ramai selalu bertanya, ‘Oh, siapa James Bond seterusnya?’ Ia seperti bertanya kepada pengantin perempuan ketika dia naik ke altar siapa suaminya seterusnya. Saya tidak mahu memikirkan siapa yang akan menjadi orang seterusnya sehingga saya merasakan ia benar-benar perlu.”

Filem James Bond ke-25 menampilkan kepulangan Daniel Craig ketika dia mengulangi watak ikonik itu untuk kali terakhir. Menyertainya dalam filem terbaru adalah alumni francais Ralph Fiennes sebagai M, Lea Seydoux sebagai Madeline, Naomie Harris sebagai Moneypenny, Ben Whishaw sebagai Q, Rory Kinnear sebagai Tanner, dan Jeffrey Wright sebagai Felix Leiter.

No Time to Die turut menampilkan pelakon baharu francias seperti Rami Malek sebagai Safin, Lashana Lynch sebagai Nomi, Ana De Armas sebagai Paloma, Dali Benssalah sebagai Primo, Billy Magnussen sebagai Logan, dan David Dencik sebagai Valdo.

 

 


Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman

Kakimuvee

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

Kaki Judi Bertaruh Siapa Akan Jadi James Bond Seterusnya, Henry Cavill Pilihan Utama

Kakimuvee

Tom Holland Cadangkan Filem Origin “James Bond” Sebelum Dipilih Bawa Watak Nathan Drake

Kakimuvee

‘No Time To Die’ Menjadi Filem Paling Laris Tahun 2021… Setakat Ini

Kakimuvee