Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Asia

SHAOLIN SOCCER: Stephen Chow Sedang Mencari Pelakon Wanita Cantik Untuk Ansuran Terbaru


Pembikin filem Hong Kong, Stephen Chow, kini sedang mencari pelakon wanita untuk filem terbarunya Shaolin Women’s Soccer, ansuran terbaru kepada filem komedi klasiknya, Shaolin Soccer

Pengumuman itu dibuat Chow menerusi akaun media sosial Instagram, dimana pengarah itu berkongsi video berdurasi 22 saat yang memaparkan draf awal untuk sekuel akan datang, berserta bayang-bayang wanita dengan mengayakan seni mempertahankan diri. 

“Ini adalah permintaan hari lahir saya,” tulis Chow dalam kapsyennya.

“Untuk menghabiskan masa yang baik dengan ramai gadis cantik (muda, cantik, pintar, curvy, ATHLETIK). Semua negara dialu-alukan. Lagi banyak lagi bagus!

“Mari orang gunung orang laut, cuma jangan jadi hodoh. Bagi mereka yang layak, sila hantar gambar terkini dan maklumat terperinci ke [email protected].”


Pembikin filem itu juga memberi amaran kepada calon: “foto yang disunting anda tidak akan berjaya. Pasukan kami tidak akan meluluskan mereka. PBB pasti tidak akan meluluskan mereka juga!”

Buat masa ini, tidak dipastikan sama ada Shaolin Women’s Soccer akan menjadi sekuel kepada filem klasik tahun 2001. Chow masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenai filem terbarunya itu. 

Filem asal Shaolin Soccer bukan sahaja mengecapi kejayaan box office, tetapi turut memenang beberapa anugerah termasuklah dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Lelalki Terbaik di Anugerah Golden Horse 2002 di Taiwan.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee