Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Tom Holland Cadangkan Filem Origin “James Bond” Sebelum Dipilih Bawa Watak Nathan Drake

Dengan watak James Bond yang kini kosong berikutan peranan terakhir Daniel Craig dalam No Time to Die, Tom Holland mendedahkan bahawa dia adalah salah seorang pelakon yang namanya dicadangkan untuk membawa peranan perisik ikonik itu. 

“Saya mengadakan pertemuan, selepas atau semasa [Spider Man: Far From Home], dengan Sony untuk melontarkan idea ini tentang filem Bond sewaktunya muda,” ujar Holland semasa dalam temubual dengan Total Film magazine.

“Ia adalah kisah asal James Bond. Ia benar-benar tidak masuk akal. Ia tidak berjaya. Ia adalah impian seorang kanak-kanak kecil, dan saya tidak fikir pemilik francais Bond berminat.”

Walaupun Holland mungkin berpendapat bahawa ideanya itu tidak diterima, dia percaya bahawa perbincangan awal tentang cerita asal untuk watak Bond telah mencetuskan minat Sony untuk memilihnya membawa watak Nathan Drake dalam filem Uncharted yang akan datang. 

“Idea filem Bond muda mencetuskan idea ini, seterusnya, anda boleh membuat cerita Nathan Drake sebagai cerita asal, bukannya sebagai tambahan kepada permainan video. Dan pekara itu telah membuka perbincangan seterusnya.”

Komen Holland senada dengan komen yang dilontarkan rakannya dari filem Spider-Man, Jacob Batalon, yang memberitahu GQ pada November yang lalu bahawa Holland seringkali menyebut bahawa dia ingin memainkan peranan James Bond. 

Buat masa ini, tidak dipastikan siapakah pelakon yang sedang diintai pihak syarikat untuk membawa watak James Bond seterusnya. Holland nampaknya sangat berminat, tetapi dia mungkin perlu bersaing dengan pelakon lain terlebih dahulu sebelum dia dapat memenuhi cita-citanya untuk membawa peranan perisik 007 itu. 

Related posts

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

[TRAILER] Fistful of Vengeance: Iko Uwais Terajui Filem ‘Standalone’ “Wu Assassins”

Kakimuvee

Siri Godzilla & Titans Akan Dihasilkan Di Apple TV+

Kakimuvee

“The Batman” Mungkin Berdurasi Hampir 3 Jam

Kakimuvee

Robert Pattinson Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Dari Pengarah Bong Joon Ho

Kakimuvee

Leave a Comment