Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘No Time To Die’ Menjadi Filem Paling Laris Tahun 2021… Setakat Ini

Tiga filem terbaru MCU – Black Widow, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings dan Eternals – telah dilarang tayanganya di China. Ini bermakna, carta teratas box office seluruh dunia terbuka untuk filem blockbuster yang lain. Untuk seketika, filem F9: The Fast Saga berjaya menduduki tempat #1 pada tahun 2021 dengan kutipan $725 juta dolar seluruh dunia.

Namun begitu, tempatnya telah dipintas filem terbaru Bond, No Time to Die yang kini telah mengumpul $733 juta dolar. Filem terakhir Daniel Craig sebagai James Bond itu berjaya mencapai angka tersebut dengan memperoleh kutipan $154 juta dolar di pentas box office domestik AS dan $579 juta di pasaran antarabangsa. 

Dalam satu kenyataan, Michael De Luca, Pengerusi kumpulan filem MGM dan Pamela Abdy, Presiden Kumpulan Filem MGM, berkata: “Kami sangat teruja melihat penonton kembali ke pawagam di seluruh dunia dan atas sokongan berterusan mereka terhadap pengalaman teater itu. Selepas penangguhan yang lama, kami amat berbesar hati apabila mengetahui No Time to Die telah menghiburkan ramai penonton wayang di seluruh dunia.”

Walaupun filem James Bond sentiasa popular, hakikatnya ini adalah filem terakhir Craig sebagai 007 selepas pertama kali memainkan watak itu dalam Casino Royale pada 2006. Dengan skor 84% pada Rotten Tomatoes, No Time to Die juga telah terbukti popular dikalangan pengkritik.

No Time to Die menyaksikan James Bond menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas bersara dari dunia pengintipan. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik, sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu yang sangat merbahaya.

Cary Joji Fukunaga (True Detective) mengarahkan filem ini berdasarkan skrip yang ditulis oleh Neal Purvis & Robert Wade, Scott Z. Burns bersama Fukunaga dan Phoebe Waller-Bridge (Fleabag, Killing Eve).

Related posts

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

Leave a Comment