Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

HBO MAX Bangunkan Dua Siri Spin-Off Sherlock Holmes


Dunia Sherlock Holmes akan berkembang dengan dua siri spin off terbaru yang sedang dibangunkan HBO MAX. Siri tersebut dilaporkan berkait dengan dua filem yang dibintangi Robert Downey Jr.

Menurut Variety, kedua-dua siri itu akan berlatarkan dunia yang sama dengan filem Sherlock Holmes tahun 2009, dan Sherlock Holmes: A Game of Shadows keluaran tahun 2011, yang dibintangi Downey Jr. sebagai detekfif legenda bersama Jude Law sebagai Dr. John Watson, teman sekerja Holmes. 

Siri tersebut akan memfokuskan pada watak baharu yang akan diperkenalkan dalam filem ketiga Sherlock Holmes. 

Downey Jr. dan isterinya, Susan Downey, akan menjadi penerbit eksekutif untuk projek terbaru dengan Amanda Burrell juga terlibat sebagai penerbit.

Filem ketiga Sherlock Holmes telah dibangunkan lebih 10 tahun dengan filem tersebut pada asal ditetapkan tayangan pada 22 Disember tahun lalu. Walaubagaimanapun, ia ditangguhkan kerana wabak COVID-19 yang berterusan. 


Downey Jr. dan Law bersedia untuk kembali dalam filem ketiga apabila bersedia untuk memulakan produksi.


Related posts

Siri ‘Harry Potter’ Akan Dibangunkan Di HBO Max, Bakal Menampilkan Barisan Pelakon Baharu

Kakimuvee

The Penguin: Colin Farrell Kembali Sebagai Oswald Cobblepot Dalam ‘Spin-Off’ The Batman

Kakimuvee

Perancangan ‘Sherlock Holmes 3’ Terletak Ditangan Robert Downey Jr.

Kakimuvee

Foto “Titans” Musim 4 Dedah Pandangan Pertama Penjahat ‘Brother Blood’

Kakimuvee

Siri HBO “The Last of Us” Dedah Rakaman Pertama

Kakimuvee

HBO MAX Umum Filem Animasi DC ‘Batman-Mexico’ – Batman Azteca

Kakimuvee