
Perancangan filem ketiga Sherlock Holmes telah lama diperkatakan sejak beberapa tahun yang lalu, tetapi menurut pengarahnya, Guy Richie, kini segalanya bergantung pada bintang utama siri itu, Robert Downey Jr.
Bercakap kepada Collider, Ritchie – yang mengarahkan filem pertama Sherlock Holmes pada 2009 dan sekuel tahun 2011, Sherlock Holmes: A Game of Shadow – berkata bahawa Downey Jr. mahu mengetuai perancangan filem ketiga, dan kini semua terletak ditangan pelakon itu.
“Saya serahkan segala-galanya kepada Robert,” dedah Ritchie. “Robert mahu mengetuai projek itu. Bola kini ditangannya, dia mahu mengetuai penghasilan skrip, dia mengetuai segalanya. Jadi saya tidak terlibat sehinggalah tiba masanya dimana saya diperlukan.”
Masa depan francais Sherlock Holmes menjadi misteri untuk beberapa lama. Pada April 2022, laporan daripada Variety menyatakan bahawa HBO Max sedang membangunkan dua siri televisyen yang berkait dengan filem-filem asal, dengan Downey Jr. dan isterinya, Susan, menjadi penerbit eksekutif.
Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada projek tersebut masih dalam pembangunan atau tidak
Filem ketiga francais itu juga telah dalam pembangunan selama lebih 10 tahun, dengan filem itu pada asalnya ditetapkan untuk tayangan pada 2021 pada satu ketika.
Ia dikhabarkan akan menyaksikan Downey Jr. dan Jude Law kembali sebagai Sherlock dan Dr. John Watson, walaupun tidak diketahui sama ada kemajuan telah dicapai dalam pembangunan filem itu atau tidak.