Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot AsiaStreaming

Geum Sae Rok & Noh Sang Hyun Akan Menjadi Teraju Utama ‘Soundtrack #2’


Geum Sae Rok dan Noh Sang Hyun disahkan membintangi siri terbaru Disney+ yang akan datang, Soundtrack #2.

Sekuel kepada Soundtrack #1 lakonan Han So Hee dan Park Hyung Sik, siri drama romantik yang akan datang menceritakan tentang dua bekas kekasih yang bertemu semula.

Drama tersebut akan mempersembahkan percintaan realistik yang penonton boleh kaitkan daripada perasaan cinta yang penuh ghairah hinggalah kebencian dan penyesalan selepas putus cinta.

Geum Sae Rok memegang watak Hyun Seo, seorang tutor piano yang meminati muzik tetapi tidak mempunyai pilihan selain melepaskan impiannya. Pelakon itu sebelum ini pernah membintangi drama seperti The Fiery Priest, Class of Lies, Youth of May dan The Interest of Love. 

Noh Sang Hyun memainkan watak Soo Ho, teman lelaki lama Hyun Seo dari zaman kolej. Sang Hyun dikenali melalui drama Pachinko dan sekali lagi mempamerkan kemahiran lakonannya dalam drama Behind Every Star dan Curtain Call.


Soundtrack #2 dijangka ditayangkan pada separuh kedua 2023. 


Related posts

Teaser Trailer Percy Jackson and The Olympians Pratonton Adaptasi Terbaru Disney+

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Drama Terbaru SBS “The Escape of the Seven” Bermula Baik Pada Episod Pembukaan

Kakimuvee

[VIDEO] Netflix Sahkan Perancangan One Piece Musim 2

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee