Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSlot Asia

Doh Kyung-soo Terperangkap Di Angkasa Dalam Gambar Terbaru ‘The Moon’


The Moon telah mengeluarkan gambar terbaru yang menampilkan Doh Kyung-soo, atau D.O.

Dihasilkan oleh pengarah Kim Yong Hwa (Along With the Gods), The Moon akan menceritakan tentang seorang angkasawan yang terperangkap di angkasa, dan orang-orang di Bumi yang terdesak untuk menyelamatkannya. 

D.O. memainkan peranan sebagai angkasawan Hwang Sun Woo, seorang jurusan fizik molekul dan bekas pasukan khas tentera yang menyertai krew angkasawan Korea dan juga merupakan angkasawan termuda. Namun, apabila angin suria melanda kapal angkasa dan membunuh rakannya, Hwang Sun Woo terkandas di angkasa, lebih 384,000 kilometer dari Bumi. 

Gambar yang baru dikeluarkan menunjukkan penampilan kontras angkasawan Sun Woo yang sedang dalam misi penerokaan bulan. Dalam keadaan berbahaya di mana kelangsungan hidupnya tidak menentu, Sun Woo memutuskan untuk pergi ke bulan untuk menyelesaikan misi, menikmati keseronokan menjadi angkasawan Korea pertama yang menjejakkan kaki ke bulan. Namun, ketika itulah kesusahan yang tidak dijangka bermula.

Anda juga boleh melihat poster dan trailer dibawah:


The Moon dibintangi Sol Kyung-gu, Do Kyung-soo dan Kim Hee-ae, dan dijangka tayang di Korea Selatan pada 2 Ogos ini.


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee

“My Dearest” Dominasi Rankin Drama & Pelakon Untuk Minggu Ini

Kakimuvee