Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
AnimeBerita

[VIDEO] GSC Menganjurkan Tayangan Istimewa Siri Anime Terbaru ‘Rurouni Kenshin’


GSC akan mengajurkan tayangan istimewa siri televisyen terbaru Rurouni Kenshin pada 2 Julai ini. 

Tayangan istimewa itu akan berlangsung satu hari sahaja, dan ia akan mengandungi empat episod pertama. Lokasi tayangan istimewa itu hanya di GSC Mid Valley sahaja. Bagaimanapun, tarikh penjualan tiket untuk tayangan istimewa itu masih belum diumumkan pihak GSC. 

Tayangan istimewa Rurouni Kenshin ini adalah bagi meraikan kepulangan siri televisyen anime itu selepas tiga dekad. Anime terbaru itu akan mula ditayangkan di Jepun mulai 6 Julai 2023. 

Anda boleh melayari laman web GSC untuk maklumat lanjut. 

Semasa era keganasan yang dikenali sebagai Bakumatsu, terdapat seorang pembunuh Ishin yang hanya dikenali sebagai Hitokiri Battousai, yang kemahiran dan kekejamannya menjadi hampir legenda pada zaman Pemulihan.” Menurut sinopsis.


Walau bagaimanapun, apabila masa pertempuran semakin hampir, dia hilang tanpa jejak, hanya untuk muncul semula sebelas tahun kemudian sebagai pendekar pedang yang mengembara, Himura Kenshin.”

 

“Kini menetap di dojo kenjutsu yang diselenggara oleh seorang wanita pemarah bernama Ka-miya Kaoru, dan dikelilingi oleh rakan-rakan baru seperti Sagara Sanosuke, pejuang jalanan Sagara Sanosuke, anak lelaki bekas samurai Myoujin Yahiko, dan doktor yang bijak Takani Me-gumi, dia berusaha untuk menunaikan nazarnya untuk melindungi yang lemah tanpa membunuh untuk menebus nyawa yang telah diambilnya.”

“Namun, tidak lama kemudian, ikrar ini diuji, dan bayang-bayang masa lalunya kembali menghantuinya dan semua orang yang disayanginya.”

Siri anime terbaru Rurouni Kenshin diarahkan oleh Hideyo Yamamoto dan disuarakan oleh Makoto Koichi, Rie Takahashi, Soma Saito, Taku Yashiro dan ramai lagi. 


Related posts

Akira Toriyama Umum Anime Baharu Dragon Ball Daima, Tonton Trailer Disini

Kakimuvee

Anime Yang Dinantikan “TOKYO REVENGERS: TENJIKU ARC” Akan Membuat Debut Di Disney+ Hotstar Pada 4 Oktober Ini

Kakimuvee

Filem Keempat My Hero Academia Diumumkan Dalam Satu Teaser Trailer

Kakimuvee

Menjelang Episod Terakhir, Attack on Titan Keluarkan Trailer Terbaru

Kakimuvee

Tarikh Tayangan Jujutsu Kaisen Musim 2 Telah Diumumkan

Kakimuvee

[VIDEO] Tonton Trailer Pertama ‘Spy x Family Code: White’

Kakimuvee