Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Gambar Terbaru “Hawkeye” Papar Aksi Kejar-Mengejar Dengan Tracksuit Mafia

Penggambaran siri yang dinantikan “Hawkeye” diteruskan di Atlanta, dan terkini beberapa gambar belakang tabir terbaru telahpun bocor di media sosial (via Just Jared).

Gambar-gambar tersebut memaparkan aksi kejar-mengejar kereta diantara Clint Barton (Jeremy Renner) serta Kate Bishop (Hailee Steinfeld) dan pejahat Tracksuit Mafia (atau juga dikenali sebagai “Tracksuit Draculas”).

Anda boleh lihatnya dibawah. 

Advertising

Jeremy Renner kembali meneruskan peranannya sebagai Clint Barton, dan siri terbaru ini bakal memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Cinematic Universe. Mengikut versi komik, Barton telah melepaskan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.

Turut menyertai Renner dan Steinfeld adalah Florence Pugh, yang akan meneruskan peranannya dalam filem Black Widow, Yelena Belova, bintang The Conjuring, Vera Farmiga akan menjadi Elanor Bishop, ibu kepada Kate Bishop lakonan Steinfeld, serta beberapa pelakon lain seperti Fra Fee (Animals), Tony Dalton (Better Call Saul), Alaqua Cox dan Zahn McClarnon (Doctor Sleep). 

Hawkeye akan diarahkan oleh Amber Finlayson dan Katie Ellwood (Troop Zero) bersama-sama Rhys Thomas (Staten Island Summer). Siri terbaru Disney+ MCU ini akan ditayangkan di platform steaming Disney+ pada musim luruh 2021. 

Advertising

Advertising

Related posts

Netflix Lancar Teaser Pertama Siri Superhero “Jupiter’s Legacy”

Kakimuvee

Marvel Dedah Gambar Terbaru “The Falcon and the Winter Soldier”

Kakimuvee

HBO Max Bakal Hasilkan Siri “Constantine”

Kakimuvee

Produksi Musim Ke-3 “The Umbrella Academy” Telahpun Bermula

Kakimuvee

[Trailer] Siri Prasekolah Original Netflix Akan Ditayangkan Pada Mac 2021

Zulaikha

HBO’S FOUR-PART DOCUMENTARY SERIES ALLEN V. FARROW DEBUTS 22 FEBRUARY EXCLUSIVELY ON HBO GO AND HBO

Isqandar

Leave a Comment