Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Kisah ‘Origin’ Clint Barton Akan Turut Diceritakan Dalam Siri Disney+ Hawkeye

Rancangan bersiri Hawkeye merupakan antara salah satu rancangan Marvel Cinematic Universe yang akan disiarkan di platform penstriman video Disney+. Setakat ini plot rancangan tersebut masih lagi tidak diketahui, tetapi terdapat ura-ura yang mengatakan, Hawkeye mungkin akan memberi fokus kepada pengenalan watak baru iaitu Kate Bishop.

Bagaimanapun, perkembangan terbaru dari Hollywood mungkin memberi sedikit gambaran kepada peminat tentang perjalanan siri Hawkeye. 

Menurut penerbit Trinh Tran, pihak studio mempunyai perancangan untuk memasukkan kisah ‘origin’ Clint Barton dalam rancangan itu nanti. Agak menarik sebenarnya kerana selain bekerja dengan S.H.I.E.L.D. dan memiliki keluarga, peminat tidak tahu kisah Barton sebelum melibatkan diri dengan agensi rahsia itu.

“Well, I chose that one specifically because we haven’t gotten a chance to tell Clint Barton’s story. You’ve seen Thor have several movies. You know his backstory. Cap has several movies, Tony has a few, so they’ve all had their chance, and Clint Barton hasn’t gotten a chance to tell his past.”

“[Matt] Fraction’s run is absolutely one of the most amazing things. I remember sitting there are reading through the Fraction run and going, this is amazing. This is absolutely amazing. This is something we can do. So wanting to tell Clint’s backstory, after reading Fraction’s run and getting excited for Kate Bishop there’s something really interesting that I think the two of them can have.”

Tidak seperti beberapa karakter utama Avengers seperti Thor, Captain America dan Iron Man, latarbelakang Barton masih lagi dianggap misteri. Mungkin perancangan memasukkan kisah asal usulnya dapat membantu peminat untuk mengenali bekas ahli asal Avengers itu dengan lebih dekat, lebih-lebih jika rancangan ini menjadi rancangan terakhir buat karakter Clint Barton.

Hawkeye dijangka akan bersiaran pada musim luruh 2021.

Related posts

WARNERMEDIA ANNOUNCES NEW HBO ASIA ORIGINAL SERIES ‘FORBIDDEN’

Isqandar

Hugh Grant & Sophia Lillis Sertai “Dungeons & Dragons”

Kakimuvee

Siri HBO Max “Green Lantern” Mungkin Jalani Penggambaran April Ini.

Kakimuvee

THE FLASH RETURNS FOR A SEVENTH SEASON EXCLUSIVELY ON WARNER TV ON 3 MARCH

Isqandar

Gambar ‘BTS’ “Thor: Love and Thunder” Sahkan Penglibatan Matt Damon

Kakimuvee

[Netflix] Saksikan Trailer & Poster Karakter “DOTA: Dragon’s Blood”

Kakimuvee

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman