Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Lee Je Hoon Bersedia Untuk Balas Dendam Dalam Poster Drama Terbaru “Taxi Driver”


SBS (via Soompi) telah melancarkan poster terbaru drama akan datang bertajuk “Taxi Driver”, menampilkan pelakon Lee Je Hoon yang bersedia untuk balas dendam.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, “Taxi Driver” adalah mengenai perkhidmatan teksi misteri yang membalas dendam bagi pihak mangsa yang gagal mendapat keadilan dari undang-undang. Drama terbaru ini dibintangi Lee Je Hoon, Esom, Kim Eui Sung, serta ahli kumpulan APRIL, Naeun, dan diarahkan Park Joon Woo berdasarkan skrip yang ditulis Oh Sang Ho. 

Pada 22 Februari, SBS telah melancarkan dua poster terbaru yang menampilkan Lee Je Hoon sebagai Kim Do Gi, bekas pegawai pasukan khas yang bekerja sebagai pemandu perkhidmatan teksi misteri bernama Rainbow Taxi.

Poster pertama menunjukan Kim Do Gi duduk dihadapan teksi sambil membetulkan sarung tangannya, seolah-olah dia sedang bersiap untuk memburu penjahat. Senyumannya yang santai memancarkan aura yang kuat, dan penonton pasti tidak sabar untuk melihat karakter yang boleh digelar ‘dark hero’. 

Poster kedua pula memaparkan karakter Lee Je Hoon duduk dibahagian pemandu dan melihat ke belakang melalui pintu teksi yang terbuka. Matanya berkilau dengan kesungguhan dan tekad, dan ayat di poster berbunyi, “Bolehkah anda memberitahu saya mengapa anda rasa tidak diadili?” Ini membuatkan peminat ingin tahu apa yang akan berlaku sekiranya mereka memasuki teksi itu.


“Taxi Driver” akan mula bersiaran sebaik sahaja “The Penthouse 2” berakhir, iaitu pada 9 April jam 10 malam waktu Korea Selatan. Anda boleh saksikan teaser dibawah. 

https://youtu.be/n7IE_ixYknY


Related posts

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

KBS Keluarkan Poster Terbaru The Matchmakers Yang Menampilkan Rowoon, Cho Yi Hyun & Ramai Lagi

Kakimuvee