Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Emily Blunt Kongsikan Perkembangan Terbaru Sekuel Edge of Tomorrow


Emily Blunt telah kongsikan perkembgangan terbaru sekuel Edge of Tomorrow yang dinantikan.

Dalam temubual Deadline. Blunt berkata, “Saya berminat untuk lakukan satu lagi [filem]. Saya tidak tahu bila dan bagaimana, tetapi saya sangat berminat. Saya tidak pasti sama ada saya masih kuat atau tidak.”

Blunt membintangi filem aksi sains fiksyen tahun 2014 itu bersama Tom Cruise. 

Cruise memainkan watak sebagai William Cage, yang telah menggunakan kebolehan ‘time-loop’ yang baru diperolehinya dengan membantu Sarjan Rita Vrataski (Blunt) untuk menentang pencerobohan makhkluk asing. 

Diarahkan oleh Doug Liman, filem aksi bercita-cita tinggi itu gagal mendapat kejayaan box office. Namun, ia mencatatkan keuntungan besar hasil jualan ‘home video.’ 


Sejak dari itu, peminat mula berharap agar filem itu dapat dihasilkan. 

Sekuel itu telah melalui beberapa fasa praproduksi sejak bertahun-tahun. Pada awalnya, telah diumumkan bahawa Liman akan kembali mengarahkan sekuel, dengan Cruise dan Blunt akan kembali mengulangi peranan mereka.

Filem yang dirancang itu telah mempunyai tajuk, iaitu Live Die Repeat and Repeat. Bagaimanapun, projek tersebut masih belum digerakkan walaupun telah hampir 10 tahun sejak filem pertama ditayangkan. 


Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee