Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial TrailerStreaming

Teaser ‘One-Piece’ Beri Pandangan Pertama Straw Hat Crew


Netflix telah mengeluarkan teaser trailer One Piece semasa acara peminat Tudum yang berlangsung hari ini. 

Teaser tersebut memberikan pandangan pertama versi aksi-langsung Straw Hat Crew dalam siri terbaru Netflix yang akan datang itu. 

Ia memaparkan Luffy, Zoro, Nami, Usopp dan Sanji dalam versi aksi langsung, serta beberapa watak sokongan kegemaran ramai seperti Red-Haired Shanks, dan Buggy the Clown. Trailer itu berakhir dengan serangan ikonik Luffy, Gum-Gum Pistol.

Anda boleh lihat teaser tersebut dibawah:

Siri Netflix, diterbitkan oleh Oda-Sensei, menceritakan permulaan kisah Luffy, memperkenalkan peminat sedia ada dan penonton baharu kepada lelaran aksi langsung watak, antagonis dan destinasi kegemaran peminat manga


Ia akan diterajui oleh Iñaki Godoy sebagai Luffy, Mackenyu sebagai Rorona Zoro, Emily Rudd sebagai Nami, Jacob Romero Gibson sebagai Usopp, dan Taz Skylar sebagai Sanji.

Pelakon tambahan termasuklah Morgan Davies sebagai Koby, Ilia Isorelýs Paulino sebagai Alvida, Aidan Scott sebagai Helmeppo, Jeff Ward sebagai Buggy, McKinley Belcher III sebagai Arlong, Vincent Regan sebagai Garp dan Peter Gadiot sebagai Shanks. 

One Piece ditulis oleh Steven Maeda (The X-Files), yang juga akan bertindak sebagai showrunner dan penerbit eksekutif, bersama dengan penulis Matt Owens (Agents of SHIELD) yang juga penerbit eksekutif.

Mereka disertai oleh Marty Adelstein dan Becky Clements dari Tomorrow Studios (Snowpiercer, Cowboy Bebop), yang juga akan menerbitkan siri ini bersama pengarang manga asal Eiichiro Oda.

ONE PIECE ialah siri manga terlaris sepanjang zaman, dan siri Netflix akan menjadi adaptasi aksi langsung pertama francais itu. Saga epik pengembaraan di lautan luas, manga asal mengikuti pengembaraan Luffy, seorang lelaki muda yang bersemangat dengan aspirasi tunggal untuk menjadi “Raja Lanun” dan krew setianya, The Straw Hats.

Siri terbaru Netflix ini akan ditayangkan di Netflix pada 31 Ogos 2023


Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Kakimuvee