Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Abam Bocey Bertekad Mahu Kurus, Ingin Berlakon Dalam Filem Aksi


Abam Bocey
Sumber gambar: Radiomalaysia.net

Pelawak dan pelakon popular Abam Bocey memberitahu dia menyasarkan untuk menurunkan berat badannya kepada 100 kilogram sebelum tahun hadapan kerana mahu melakukan perubahan dalam kerjaya seninya.

“Sebelum ini berat saya 188.6 kilogram dan sekarang saya berjaya turunkan sehingga 167 kilogram. Saya sasarkan nak buang lagi 67 kilogram tu dan tinggal 100 kilogram. Saya buat semua ini atas diri sendiri. Nak lakukan perubahan dalam kerjaya seni. Tahun hadapan saya nak cuba berlakon dalam filem aksi pula,” – mStar.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan berkata bukan mudah untuknya menguruskan badan kerana pelbagai cabaran perlu dihadapinya termasuklah mengawal nafsu makan.

Namun pelakon “Hantu Bungkus Ikat Tepi” ini bernasib baik apabila isteri dan pembantu peribadi sering memantau dan mengawal permakanannya.

Dalam pada itu, Abam menjelaskan dia masih lagi mengekalkan tagline ‘Gemuk Is Awesome’ kerana merasakan tagline itu dapat memberi semangat kepada orang berbadan besar.


Pelakon berusia 30 tahun itu berkata tagline tersebut bukanlah untuk berbangga jadi gemuk, sebaliknya sebagai motivasi apabila buat sesuatu yang baru.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee

Mael Totey The Movie Kutip Hampir RM700 Ribu Pada Hari Pertama

Kakimuvee