Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer Pertama “Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One” Telah Didedahkan


Trailer pertama Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One telah didedahkan, dan ia menampilkan banyak aksi dari filem terbaru lakonan Tom Cruise itu.

Mission: Impossible 7 akan dilancarkan di pawagam pada 14 Julai 2023, manakala bahagian kedua, Dead Reckoning Part Two akan hadir pada 28 Jun 2024.

Anda boleh tonton trailer dibawah:

Tom Cruise kembali sebagai Ethan Hunt dalam filem akan datang, dan dia disertai Hayley Atwell, Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw) dan Henry Czerny (Ready or Not), berserta pendatang baru, Shea Whigham (Joker), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy 2, Avengers: Infinity War) dan Esai Morales (La Bamba, Titans) yang menggantikan tempat Nicholas Hoult (Mad Max: Fury Road) untuk peranan penjahat utama. 

Francais filem aksi ini sudah berusia 25 tahun dan mengandungi enam filem, bermula dengan kejayaan box office dua filem terawal. Setiap filem telah mendapat pujian para pengkritik dengan filem terbaru, “Fallout”, memperolehi rating paling tinggi di Rotten Tomatoes iaitu 97 peratus. 



Related posts

Tarikh Tayangan Mission: Impossible 8 Dianjak Hampir Setahun

Kakimuvee

Review Filem: Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One (2023)

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Meletup Di Pawagam, Kutip AS$235 Juta Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Mission: Impossible – Dead Reckoning Part One Dapat Skor Hampir Sempurna Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Video MIssion: Impossible – Dead Reckoning Part One Papar Aksi Berani Mati Tom Cruise

Kakimuvee