Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaOfficial Trailer

Trailer & Poster Terbaru “Thor: Love and Thunder” Soroti Penjahat Gorr the God Butcher

Marvel telah melancarkan trailer kedua Thor: Love and Thunder, berserta poster terbaru, untuk filem Marvel Cinematic Universe seterusnya lakonan Chris Hemsworth. Trailer dan poster terbaru itu memberikan pandangan jelas Christian Blae sebagai Gorr the God Butcher.

Filem ini dijadualkan tayangan di pawagam pada 7 Julai 2022, anda boleh tonton trailer terbaru dibawah:


“Filem kali ini menyaksikan Thor (Chris Hemsworth) dalam penggembaraan yang tidak pernah dia hadapi – pencarian untuk kedamaian dalaman. Tetapi persaraannya diganggu oleh pembunuh galaksi yang dikenali sebagai Gorr the God Butcher (Christian Bale), yang mahu melihat kepupusan para dewa,” menurut sinopsis rasmi. 

“Untuk memerangi ancaman itu, Thor meminta bantuan Raja Valkyrie (Tessa Thompson), Korg (Taika Waititi) dan bekas teman wanitanya, Jane Foster (Natalie Portman), yang – mengejutkan Thor – secara tidak dapat dijelaskan, boleh menggunakan tukul ajaibnya, Mjolnir, dan menjadi Thor yang perkasa. Bersama-sama, mereka memulakan pengembaraan kosmik yang mengerikan untuk mengungkap misteri pembalasan dendam oleh God Butcher dan menghentikannya sebelum terlambat.”

Filem ini juga akan menampilkan beberapa alumni Marvel Cinematic Universe seperti Jaime Alexander sebagai Sif, Jeff Goldblum sebagai Grandmaster, Waititi sebagai Korg, dan bintang Guardians of the Galaxy termasuk Chris Pratt sebagai Peter Quill, Karen Gillan sebagai Nebula, Sean Gunn sebagai Kraglin, dan Vin Diesel sebagai Groot.

Turut menyertai mereka adalah Matt Damon, Sam Neill, dan Luke Hemsworth yang sekali lagi akan kembali untuk peranan cameo, bersama-sama dengan Melissa McCarthy dan Russell Crowe.

Thor: Love and Thunder diarahkan Taika Waititi (Jojo Rabbit) dan turut menulis lakon layar bersama Jennifer Kaytin Robinson (Someone Great).

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

Filem Bertema Keagamaan “Cinta Subuh” Akan Menemui Penonton Seminggu Sebelum Hari Raya Aidildha

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Leave a Comment