Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaVideo

[VIDEO] Razor Fist Mengorbankan Dirinya Dalam ‘Deleted Scene’ Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings


Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings telahpun tiba di Disney+ Hotstar beberapa hari yang lalu, dan peminat sangat gembira kerana berpeluang melihat kembali salah satu filem ‘origin’ terbaik Marvel Studios. 

Kini, salah satu adegan filem yang dipotong telah didedahkan kepada peminat, dan ia memaparkan nasib yang sangat berbeza untuk salah satu watak utama. Watak Razor Fist pada asalnya akan ‘dimatikan’, dan babak yang dipotong ini menunjukkan aksinya yang agak heroik, menentang makhluk jahat selepas memberikan kata-kata semangat kepada Katy. 

Dalam versi teater, Razor Fist berjaya bertahan dalam pertempuran terakhir menentang bala tentera Dweller-in-Darkness, dan dia dilihat bersama Xialing dalam adegan pasca kredit yang menggoda organisasi Ten Rings yang baru. Anda boleh lihat adegan dipotong dibawah:

Diarahkan oleh Destin Daniel Cretton dari lakon layar yang ditulis oleh Dave Callaham, Shang-Chi and the Legend of the Ten Ring menceritakan tentang watak utama, Shang-Chi yang  menentang organisasi penganas dikenali sebagai Ten Rings. Filem ini dibintangi Simu Liu sebagai Shang-Chi, dan dia disertai Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin, Awkwafina, Michelle Yeoh, Florian Munteanu dan ramai lagi.

Strim Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021)

Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee