Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Review

Review Filem: Budak Kripto (2021)


Walaupun 2021 kian berada di penghujungnya, namun ini tidak mematahkan semangat penggiat seni tanah air untuk memberikan buah tangan mereka untuk ditonton di pawagam. Terbaharu, filem terbitan A&S Pictures dan membariskan pelakon seperti Zam Azmi, Nurul Hida, Liza Abdullah dan Fahrin Ahmad serta beberapa pelakon pembantu yang lain seperti Allahyarham Mamat Khalid, Mendiang Accapan, A. Galak dan sebagainya.

Filem ini kelihatannya memulakan proses penggambarannya sekitar tahun 2018 lebih kurang dalam tempoh PRU pada ketika itu. Tidak pasti apakah yang membuatkan pihak produksi menyimpan filem ini begitu lama sehingga hampir 3 tahun untuk ditayangkan kepada umum.

Secara asasnya, filem ini tidak ada putar belit yang melampau sepertimana filem filem “mind-blowing” yang lain. Segala yang berlaku boleh dikatakan “straight-to-the-point”. Bermula dengan kisah seorang pemuda bernama Putra yang gagal dalam pelaburan emas dan diburu oleh penjahat yang kurang jelas motifnya namun ia berkaitan dengan wang yang digunakan. Kemudian, Putra mula menjinakkan diri dengan pelaburan kriptowang.

Meniti usahanya untuk berjaya dalam pelaburan kriptowang, dia berjumpa dengan seorang wanita yang bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah kemudiannya mereka mula kenal mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Suatu hari mereka kemudiannya dikejar oleh penjahat yang sama dan terlibat dalam sebuah kemalangan yang menyebabkan mereka berdua cedera parah. Dipendekkan cerita, mereka akhirnya bahagia bersama.

Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dalam filem ini kerana ianya hanya biasa biasa sahaja. “Cinematic Experience” juga langsung tiada dalam filem ini dan visual yang dihidangkan pula hanya layak dipaparkan di slot cerekarama mana mana siaran televisyen.


Semasa pelancaran trailer filem ini, kecoh seantero negara bahawa pihak produksi menukar kereta Mustang kepada Wira untuk babak kemalangan. Namun apa yang berlaku sebenarnya adalah, babak itu adalah dua babak berlainan yang disatukan di dalam trailer kemudian kelihatan seperti babak yang sama.

Kesimpulannya, oleh kerana filem ini berasal dari tahun 2018 maka hasil yang diterima juga agak terkebelakang namun ia masih boleh ditonton bagi sesetengah orang kerana jalan ceritanya yang terus dan tiada selirat yang menduga minda.

Rating Kakimuvee

1.5/5


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Review Filem: The Exorcist: Believer (2023)

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee