Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Billy Dee Williams Akan Kembali Sebagai Lando Dalam Filem Star Wars: Episode IX


The Hollywood Reporter melaporkan, pelakon Billy Dee Williams akan kembali membawakan watak Lando Calrissian dalam filem Star Wars: Episode IX. Berita berkenaan menamatkan desas-desus tentang kemunculan semula pelakon dalam franchise Star Wars.

Billy Dee Williams pertama kali muncul menerusi filem Star Wars: Episode V: The Empire Strikes Back, diikuti filem seterusnya, Episode VI: Return of the Jedi serta beberapa rancangan Star Wars seperti Star Wars Rebels, serta permainan video seperti Star Wars: Jedi Knight II – Jedi Outcast. 

Filem Star Wars: Episode IX akan menyaksikan kembalinya beberapa pelakon dari filem sebelumnya iaitu Daisy Ridley, John Boyega, Oscar Isaac, dan Adam Driver serta pendatang baru Keri Russell.

 J.J. Abrams akan mengarahkan filem ini dan menjadi penulis bersama dengan penulis skrip Chris Terrio. Penggambaran filem ini akan bermula pada penghujung Julai ini dan dijangkakan beberapa pelakon baru akan diumumkan sebelum penggambaran bermula.

Star Wars: Episode IX akan ditayangkan pada 20 Disember 2019.



Related posts

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

CEO Disney Bob Iger Mahu Kurangkan Kandungan Marvel & Star Wars

Kakimuvee

‘Star Wars: Ahsoka’ Akan Dilancarkan Di Disney+ Hotstar Pada 23 Ogos Ini

Kakimuvee

5 Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Grogu

Kakimuvee

Disney+ Hotstar Lancar Trailer & Poster Terbaru “Star Wars: The Mandalorian” Musim 3

Kakimuvee

Star Wars: The Acolyte Akan Menjadi Siri Pertama Yang Diterajui Sith

Kakimuvee