Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Joaquin Phoenix Sah Bintangi Filem Joker Origin

Setelah lama dikaitkan dengan filem Joker Origin, akhirnya pelakon filem Gladiator, Joaquin Phoenix disahkan akan membintangi filem terbitan Warner Bros. itu dengan membawakan watak utama filem tersebut sebagai Joker.

Beliau akan bekerjasama dengan Todd Phillips yang merupakan pengarah dan penulis filem ini. Todd akan bersama-sama penulis skrip filem 8 Miles, Scott Silver dalam merencana jalan cerita filem Joker ini.

Joaquin Phoenix sebelum ini pernah ditawarkan watak-watak komik dalam beberapa filem superhero. Pada tahun 2010, pelakon tersebut menjadi pilihan utama untuk membawakan watak Bruce Banner aka Hulk sebelum menolaknya. Malah beliau juga pernah ditawarkan untuk membawakan watak Doctor Strange sebelum menolaknya sekali lagi. Phoenix juga pernah menolak tawaran untuk membawakan watak Lex Luthor dalam filem Batman vs Superman: Dawn of Justice.

The Joker Origin bukan kesinambungan dari ‘DC Extended Universe (DCEU)” sebaliknya ia akan menjadi filem ‘standalone’. Ia akan mengisahkan tentang asal usul Joker dan berlatarbelakangkan zaman 80-an di bandar Gotham.

Martin Scorsese akan bertindak sebagai penerbit bersama-sama Todd Philips dan projek terbaru ini akan menelan belanja sebanyak $55 juta dolar.

Setakat ini tiada tarikh rasmi tayangan filem The Joker.

Related posts

Ryan Reynolds Kongsi Pandangan Pertama Filem “The Adam Project”

Kakimuvee

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee

Pelakon Darth Vader, David Prowse Meninggal Dunia

Isqandar

Spider-Man 3: Alfred Molina Kembali Sebagai Doctor Octopus?

Kakimuvee

“Godzilla vs. Kong” Mungkin Akan Ditayangkan Terus Ke Laman Streaming

Kakimuvee

Mads Mikkelsen Sah Ganti Johnny Depp Dalam Filem “Fantastic Beasts 3”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating