Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Maya Karin Tidak Sabar Menunggu Tayangan Filem Munafik 2

Setelah kali terakhir muncul dalam filem Jwanita pada tahun 2015, pelakon Maya Karin tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya terhadap filem terbaru lakonannya yang berjudul Munafik 2.

Menurutnya lagi, filem sekuel yang bakal ditayangkan pada bulan Ogos depan adalah sebuah naskhah besar yang paling dinanti-nantikan kerana ia membabitkan nama-nama besar dalam industri.

Sementara itu, semasa ditanya oleh wartawan Kosmo! sebab beliau menyepi dari bidang lakonan, Maya menjelaskan yang beliau agak selektif dalam pemilihan tawaran lakonan.

“Saya memang agak memilih satu-satu karakter yang ditawarkan. Bukan apa, sebolehnya saya cuba elakkan untuk membawa watak yang sama sahaja dalam lakonan. Sebolehnya, saya mahukan setiap lakonan itu memberikan impak berbeza kepada penonton.”

“Cabaran dalam membawakan watak berlainan dan menepati kehendak diri itu jugalah memberikan kepuasan kepada saya untuk terus berkarya. Pada masa sama, secara tidak langsung saya dapat melihat kemampuan dan potensi diri dalam memberikan sesuatu yang lain kepada penonton di luar sana dengan bakat lakonan yang ada,” 

Dalam filem seram kali ini, Maya akan bergandingan dengan Syamsul Yusof dan Nasir Bilal Khan bersama-sama beberapa pelakon lain seperti Fizz Fairuz, Mawi dan ramai lagi.

Munafik 2 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof ini bakal menemui penonton pada 30 Ogos ini.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

[Video] Penunggang Agama 2 Akan Ditayangkan Di Astro First 19 Oktober Ini

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Leave a Comment