Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Working Title HAWKEYE Beri Penghormatan Pada Komik Pertama Kate Bishop


Menurut laman Murphy’s Multiverse, judul kerja siri Disney+ Hawkeye adalah ‘Anchor Point’, yang mana ia merujuk kepada komik pertama Kate Bishop, karya Kelly Thompson terbitan tahun 2017.

Berjudul Vol.1: Anchor Points, ia adalah siri komik solo pertama Kate Bishop setelah muncul dalam edisi komik ‘Young Avengers’. Walaupun judul kerja Hawkeye memberi homage kepada komik Kate Bishop, masih belum dapat dipastikan samada siri televisyen tersebut akan berdasarkan jalan cerita komik Anchor Points ataupun tidak.

Siri Hawkeyeakan menyaksikan Jeremy Renner kembali meneruskan wataknya sebagai Clint Barton dan bakal memperkenalkan Kate Bishop dalam Marvel Universe. Mengikut versi komik, Barton telah memberikan gelaran Hawkeye kepada Bishop dan dia akan menjadi salah seorang ahli kepada kumpulan Young Avengers.

Selain Hawkeye, Disney dan Marvel kini sedang membangunkan beberapa rancangan bersiri untuk Disney+ antaranya Falcon and the Winter Soldier, Loki dan WandaVision. 

Hawkeye akan menemui disiarkan di platfrom penstriman video Disney+ pada musim luruh 2021.



Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee