
Toho Animation telah mengeluarkan trailer untuk filem pertama siri anime popular Spy x Family Code: White, yang menggoda penggembaraan keluarga Forger seterusnya.
Susulan tayangan musim kedua Spy x Family pada Oktober ini, filem anime ini akan ditayangkan dpawagam Jepun pada 22 Disember. Bagaimanapun, tarikh tayangan untuk pasaran antarabangsa masih belum didedahkan.
Anda boleh tonton trailer Spy x Family Code: White dibawah:
/#劇場版SPY_FAMILY
— 『SPY×FAMILY(スパイファミリー)』アニメ公式 (@spyfamily_anime) June 25, 2023
特報映像解禁🎉✨
\
劇場版の初解禁映像は
フォージャー家全員が登場‼️
12月22日(金)より公開となりますので、
皆様お楽しみに🎬
さらに公式TikTokを開設しました🎊✨
ぜひフォローしてください👀
TikTokはこちら🔽https://t.co/qWBhs7Yhig#劇場版スパイファミリー pic.twitter.com/bZiM83lzJY
Spy x Family berdasarkan manga yang ditulis oleh Tatsuya Endo, yang kini merupakan salah satu siri manga terlaris dengan sekurang-kurangnya 29 juta salinan dalam edaran sejak Disember 2022.
Ia berpusat di sekitar keluarga palsu unik yang terdiri daripada pengintip Loid Forger, pembunuh upahan. Yor Briar, dan telepath Anya Forger.
“Keamanan dunia dipertaruhkan dan ejen rahsia Twilight mesti menjalani misinya yang paling sukar— berpura-pura menjadi seorang lelaki keluarga. Menyamar sebagai suami dan bapa yang penyayang, dia akan menyusup masuk ke sekolah elit untuk mendekati ahli politik berprofil tinggi.”
“Dia mempunyai perlindungan yang sempurna, kecuali isterinya seorang pembunuh maut dan kedua-duanya tidak mengenali identiti masing-masing. Tetapi seseorang melakukannya, anak angkatnya yang seorang telepath!” sinopsis rasmi Spy x Family.
Adaptasi anime berasal dari Wit Studio dan CloverWorks. Ditulis oleh Kazuhiro Furuhashi, Musim 1 disiarkan ke udara selama 25 episod dari April 2022 hingga Disember 2022.