Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah ‘Logan’ Berharap Marvel Tidak Membawa Kembali Wolverine Dalam ‘Deadpool 3’


Pengarah Logan James Mangold berkata, dia berharap Marvel tidak membawa Wolverine kembali dalam Deadpool 3.

Mangold merupakan pengarah untuk dua filem Wolverine, iaitu The Wolverine dan Logan

Penamat filem Logan menjanjikan kepada peminat bahawa kita akan melihat Hugh Jackman sebagai Wolverine buat kali terakhir dan menjadikan watak itu sebagai ikonik. 

Bagaimanapun, Jackman nampak masih belum bersedia untuk melepaskan peranan ikoniknya itu dengan mengesahkan bahawa dia akan mengulangi watak Wolverine dalam filem Marvel yang akan datang, Deadpool 3 disamping Ryan Reynolds.

Mangold, yang mengarahkan filem terbaru Indiana Jones and the Dial of Destiny, mengulas mengenai kepulangan Wolverine. “Saya boleh katakan bahawa ada sebahagian daripada saya tidak mahu membiarkan pekara itu terjadi,” katanya kepada Variety


“Tetapi, sentiasa ada Wolverine yang lain. Mungkian ada bayi Wolverine dan kartun Wolverine. Mereka boleh perah [watak itu] dari kain sebanyak mungkin, dan mereka akan cuba melakukannya.”

Hugh Jackman telah bersara dari watak Logan 7 tahun yang lalu sebelum dia mengesahkan akan kembali meneruskan peranannya itu dalam sebuah video pengumuman Deadpool 3 yang dimuatnaik oleh Reynold.

Deadpool 3 akan ditayangkan pada 3 Mei 2024, dan menjadi filem ‘R-rated’ pertama MCU serta sebahagian daripad Fasa 5 Marvel Cinematic Universe.

Filem tersebut akan dibintangi Ryan Reynolds, Hugh Jackman, Morena Baccarin, Leslie Uggams, Karan Soni, Brianna Hildebrand, Shioli Kutsuna, Stefan Kapičić, Rob Delaney, Emma Corrin, dan Matthew Macfadyen.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee