Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Spider-Man Kembali Kuasai Box Office AS, The Flash Melepasi Kutipan AS$200 juta


Spider-Man: Across the Spider-Verse kembali menguasai box office AS dengan menambah kutipan AS$19.4 juta pada minggu lalu, menurut Box Office Mojo

Kutipan minggu ketiga tu menjadikan jumlah terkumpul AS$317 juta di pasaran domestik AS, dengan kutipan seluruh dunia mencecah AS$560 juta. 

Tempat kedua dikuasai filem animasi Disney/Pixar, Elemental dengan kutipan minggu kedua sebanyak AS$18.3 juta, penyusutan 38% berbanding minggu pembukaan. Elemental kini mengumpul AS$65.3 juta di pasaran domestik AS dan AS$121 juta di seluruh dunia. 

Walaupun mendapat pujian dari selebriti, pengkritik dan penonton, The Flash nampaknya gagal di pentas box office apabila kutipan minggu keduanya menyusut sebanyak 73% iaitu AS$15 juta, berbanding kutipan minggu pembukaan sebanyak AS$55 juta.

The Flash kini mengumpul AS$87.4 juta di pasaran domestik AS, jauh lebih rendah dari Black Adam, yang mengumpul AS$110.9 juta pada minggu kedua tayangannya. Bagi pasaran antarbangsa, The Flash mengumpul AS$210.9 juta. 



Related posts

Kos Pembikinan The Flash Hampir AS$300 Juta

Kakimuvee

Insidious: The Red Door Catat Kutipan Minggu Pembukaan Terbaik Untuk Filem Seram

Kakimuvee

Indiana Jones Gagal Menunjukkan Prestasi Baik Di Box Office, Begitu Juga The Flash

Kakimuvee

SPIDER-MAN: BEYOND THE SPIDER-VERSE: Penerbit Akui Mungkin Tangguhkan ‘Threequel’ Jika Terpaksa

Kakimuvee

Christian Bale Enggan Membuat Penampilan Cameo Dalam Filem The Flash

Kakimuvee

Kutipan Minggu Kedua ‘The Flash’ Menjunam

Kakimuvee