
Melalui akaun media, Saw X telah mengeluarkan teaser untuk filem terbaru yang akan datang, mengusik adegan-adegan ngeri dalam filem tersebut melalui permainan papan yang diberi nama ‘Saw-peration’, inspirasi dari permainan papan keluarga klasik ‘Operation.’
Pesakit ialah boneka Jigsaw, dan kepingan yang perlu dipilih bukanlah anatomi, sebaliknya barangan kecil pada siri Saw seperti pita kaset di perut, kepingan jigsaw, kunci di soket mata dan picagari dalam lengan. Setiap satu mewakili perangkap tertentu daripada siri ini. Tiada hadiah untuk meneka mengapa salah satu kaki mengandungi gergaji.
Anda boleh tonton teaser tersebut dibawah:
be careful who you put under the knife. #SawX #SawTenber pic.twitter.com/ehfrXlgjOc
— SAW (@Saw) September 9, 2023
DalamĀ Saw X, John Kramer, aka Jigsaw, sedang mendapatkan bantuan perubatan di Mexico selepas peristiwa filem pertama. Apabila klinik yang menjanjikan untuk menyembuhkan kansernya ternyata palsu, Jigsaw mendapat keadilan dengan satu-satunya cara yang dia tahu. Dengan perangkap memualkan ciptaannya.
Saw X akan membuat debut di pawagam pada 5 Oktober ini.