Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Toy Story 4 Terus Mendominasi Kutipan Tiket


Filem terbaru Disney / Pixar, Toy Story 4 terus menambah kutipan tiket apabila berjaya meraih  $138.5 juta dolar pada minggu kedua tayangannya, menjadikan jumlah keseluruhan kutipan sejak ia ditayangkan adalah sebanyak $496.5 juta dolar.

Filem animasi tersebut turut kekal ditangga pertama carta ‘box office’ Amerika Syarikat (AS) dengan selepas berjaya meraih $57.9 juta dolar pada minggu kedua.

Filem seram Annabelle Comes Home pula berada ditangga kedua pasaran domestik AS selepas mengutip $31.2 juta dolar pada minggu pertama, kutipan paling rendah dalam francais Conjuring. Untuk pasaran antarabangsa pula, filem tersebut hanya mampu kutipan $21.1 juta dolar, menjadikan jumlah keseluruhan seluruh dunia sebanyak $52.4 juta.

Filem romcom terbaru,Yesterday berjaya meraih $17 juta dolar untuk pasaran domestik AS dan $7.7 juta dolar dari pasaran antarabangsa dengan jumlah keseluruhan kutipan tiket sebanyak $24.7 juta dolar

Sementara itu, filem Avengers: Endgame terus mengejar Avatar apabila menambah kutipan tiket sebanyak $7.5 juta dolar seluruh dunia. Kutipan tersebut meletakkan Avengers kurang $27 juta untuk mengatasi Avatar. 


Berikut adalah kutipan terkini filem-filem box office Hollywood.

  1. The Secret Life of Pets 2 – $875.5 juta dolar
  2. John Wick: Chapter 3 – Parabellum – $303 juta dolar
  3. Spider-Man: Far From Home – $111 juta dolar
  4. Child’s Play – $29.9 juta dolar

Related posts

Disney Umum Perancangan ‘Frozen 3’, ‘Toy Story 5’ & Sekuel ‘Zootopia’

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Seni Konsep “Avengers: Endgame” Menunjukkan Nebula Lakukan Penggorbanan

Kakimuvee

Jon Favreau Cuba Hentikan Russo Brothers Dari ‘Membunuh’ Iron Man

Kakimuvee

Peminat Mengeluh Kualiti MCU Menurun, Ini Respon Pengarah “Avengers: Endgame”

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee