Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Jon Favreau Cuba Hentikan Russo Brothers Dari ‘Membunuh’ Iron Man

Avengers: Endgame memaparkan pelbagai momen yang penuh emosi, tetapi, tiada satu pun yang paling menyentuh perasaan berbanding kematian Iron Man pada penghujung filem.

Menurut gadingan pengarah Russo Brothers, bagaimanapun, terdapat beberapa penolakan terhadap idea untuk melakukan pekara itu – iaitu membunuh watak Iron Man.

Bercakap dalam video terbaru untuk Vanity Fair di mana mereka membincangkan beberapa adegan dari filem mereka, Russos bercakap tentang cubaan mencari cara terbaik untuk menamatkan watak Iron Man lakonan Robert Downey Jr.

Ini disebabkan mereka dipanggil oleh pelakon/pengarah Jon Favreau , yang cuba menghalang mereka daripada membunuh watak ikonik MCU itu.

“Sebahagian daripada tekanan datang daripada Jon Favreau, yang memanggil kami selepas dia membaca skrip dan berkata kepada kami, ‘Adakah kamu benar-benar mahu membunuh Iron Man?’” Anthony Russo berkata dalam temu bual itu.

Joe Russo kemudiannya bersuara, mengesahkan lebih banyak cerita dan mengingati perbualan mereka dengan Favreau melalui telefon untuk cuba memujuk dan “berbincang.”

“Dia yang buat. Ya,” kata Joe Russo.

“Dan saya masih ingat mundar-mandir di sudut pentas, bercakap di telefon dengan Favreau. Kerana dia seperti, ‘Anda tidak boleh melakukan ini. Ia akan memusnahkan orang ramai, dan anda tidak mahu mereka, anda tahu, berjalan keluar dari teater dan pulang.’ Bagaimanapun, kami tetap melakukannya.”

Sudah tentu, produk akhir filem itu menampilkan Iron Man yang mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan dunia, dan walaupun pada saat yang sukar, Russos masih percaya bahawa ia adalah pengakhiran yang sempurna untuk watak itu, yang pada dasarnya harus mempunyai dua pengakhiran berasingan dalam filem itu, memandangkan sebahagian dari filem tersebut memaparkan dia bersama dengan keluarga yang bahagia.

Related posts

Kutipan Polis Evo 3 Meningkat Sehingga RM3.4 Juta

Kakimuvee

‘Dead Reckoning Part 1’ Cipta Rekod Durasi Tayangan Paling Panjang Dalam Francais ‘Mission: Impossible’

Kakimuvee

Sony Dedah Trailer Red Band Terbaru ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Kongsi Kata Laluan Netflix, Tetapi Tinggal Di Kediaman Berbeza? Anda Akan Dikenakan Yuran RM13

Kakimuvee

Viu Lancar Drama Thriller Psikologi, Mengubah Memori Manusia Dalam Alter-Naratif

Kakimuvee

Menjelang Tayangan Pawagam, Warner Bros. Lancar Trailer Terakhir ‘The Flash’

Kakimuvee

Leave a Comment