Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official Trailer

Trailer Rasmi Jumanji: The Next Level Telah Dilancarkan


Sony Pictures telah melancarkan trailer rasmi Jumanji: The Next Level, filem ketiga dalam francais Jumanji dan juga sekuel kepada Jumanji: Welcome to the Jungle. Anda boleh tonton trailer tersebut dipemain video dibawah.

Tanpa pengentahuan rakan-rakannya, Spencer telah menyimpan serpihan permainan video Jumanji. Satu hari, rakan-rakan Spencer pergi ke rumah datuknya, dimana Spencer berada disana – dan mendapati Spencer telah hilang dan permainan Jumanji sedang berjalan. Mereka kemudian membuat keputusan untuk kembali dalam permainan tersebut.

Datuk Spencer, Eddie dan rakannya, Milo Walker mendengar perbualan remaja tersebut, dan mereka juga turut disedut masuk kedalam permainan Jumanji. Kumpulan remaja tersebut perlu menyelamat Eddie dan Milo mempelajari ‘avatar’ mereka dan dalam masa yang sama perlu mencari Spencer serta keluar dari Jumanji.

Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black, Karen Gillan, Nick Jonas, Ser’Darius Blain, Madison Iseman, Morgan Turner, dan Alex Wolff kembali sekuel kali ini, bersama-sama pendatang baru, Awkwafina, Danny Glover, dan Danny DeVito.

Jake Kasdan kembali mengarah filem ini manakala skrip ditulis oleh Scott Rosenberg dan Jeff Pinkner.


Jumanji: The Next Level akan menemui penonton pada 13 Disember 2019


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Filem Rompakan Komedi Netflix WINGWOMEN Akan Ditayangkan Pada 1 November Ini

Kakimuvee

Rowoon & Cho Yi-hyun Menjadi Pakar Perkahwinan Dalam Drama Terbaru ‘The Matchmakers’

Kakimuvee