Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Peminat Mengeluh Kualiti MCU Menurun, Ini Respon Pengarah “Avengers: Endgame”


Sejak akhir-akhir ini, peminat mula mengeluh dengan kualiti MCU. Walaupun Marvel Studios menjanjikan lebih banyak filem dan siri-siri TV Marvel, peminat merasakan MCU kini mempunyai masalah kualiti.

Marvel Studios dilihat tidak konsisten dalam menerbitkan projek-projek baharu mereka. Jika satu atau dua kesalahan, ia mungkin boleh dimaafkan peminat, tetapi melihat pada kualiti setiap projek mereka yang semakin menurun, dan kekurangan hala tuju yang jelas dalam Fasa 4 telah menyebabkan ramai peminat yang kecewa dan marah. 

Penghasilan filem dan rancangan TV yang dibuat pada masa yang sama mungkin menjadi faktor kenapa kualiti MCU menurun, dan ianya sangat berbeza dengan cara perancangan Infinity Saga dimana Marvel Studios boleh menumpukan sepenuh fokus mereka pada penghasilan filem semata-mata. 

Melihar reaksi negatif dari peminat mengenai kualiti MCU, pengarah Avengers: Endgame Joe dan Anthony Russo tampil memberi pendapat mereka. 

Ketika bercakap kepada NBC News, kedua-dua pengarah itu mempertahankan Marvel Studios dan pendekatan baharu studio itu dalam menyampaikan jalan cerita. 


“Begini… MCU telah mengalami pasang surut, secara semula jadi akan ada pasang surut tentang perasaan orang mengenainya berdasarkan tawaran terkini,” jelas pembikin filem itu.

“Tetapi saya fikir, akhirnya mereka masih bercita-cita tinggi dari segi cara mereka menyampaikan penceritaan. Mereka [Marvel Studios] sedang bereksperimen.”

“Mereka sedang mencari bentuk ekspresi baharu untuk memastikan penonton teruja dan terkejut. Nampaknya mereka masih mempunyai kod dan proses kreatif yang penting yang mereka cari. Jadi, saya percaya masih ada banyak harapan untuk apa yang mungkin akan berlaku dalam MCU. Kami tidak kehilangan kepercayaan terhadapnya, itu sudah pasti.”

Presiden Marvel Studios Kevin Fiege sebelum ini pernah berkata, Marvel Studios sentiasa bereksperimen dalam menyampaikan setiap kisah baharu mereka, dan ini boleh dilihat peminat menerusi siri WandaVision. 

Apapun, peminat masih menaruh harapan, dan berharap Marvel Studios mendengar kritikan dan keluhan mereka. Filem-filem dan rancangan baharu sentiasa dialu-alukan peminat, tetapi ia sekurang-kurangkan diterapkan dengan hala tuju yang jelas, khususnya untuk Fasa 4 MCU, bukannya sekadar memperkenalkan banyak watak baharu semata-mata. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

[VIDEO] Trio The Marvel Melawat Planet Aladna Dalam Video ‘Deleted Scene’ Terbaru

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee