Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pandangan Pertama Daniel Craig Dalam Filem Bond 25


Penggambaran filem Bond 25 telahpun bermula sejak April yang lalu dan video belakang tabir pembikinan filem tersebut juga telah didedahkan kepada umum. Dan kini gambar rasmi pertama Bond 25 telah dipamerkan kepada peminat yang menampilkan pandangan pertama Daniel Craig sebagai James Bond.

Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah.

Daniel Craig sebelum ini terpaksa berehat disebabkan kecederan pergelangan kaki yang dialami beliau semasa menjalani penggambaran. Bagaimanapun, kecederaan tersebut tidak menggangu jadual penggambaran.

Filem kali ini menyaksikan pelakon Ralph Fiennes, Naomie Harris, Ben Whishaw, Rory Kinnear dan Jeffrey Wright kembali membawakan watak masing-masing. Turut membintangi filem ini adalah Dali Benssalah, Billy Magnussen, Ana De Arma, David Dencik, Lashana Lynch, dan Rami Malek yang akan membawakan watak penjahat dalam filem ini.

Bond 25 akan ditayangkan pada 8 April 2020



Related posts

Christopher Nolan Antara Yang Dirisik Untuk Arahkan Filem Terbaru James Bond

Kakimuvee

Idris Elba Tidak Lagi Berminat Dengan Peranan James Bond Selepas Menerima Kecaman Berunsur Perkauman

Kakimuvee

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Penerbit Tolak Mana-Mana Pelakon Muda Untuk Bawa Watak James Bond Seterusnya

Kakimuvee

Kaki Judi Bertaruh Siapa Akan Jadi James Bond Seterusnya, Henry Cavill Pilihan Utama

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee