Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaTrivia

“Mat Kilau” Antara Kandungan Terbaru Di Netflix September Ini


Masih segar dengan kejayaan box office di layar perak, Mat Kilau — filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman — akan menuju ke Netflix tepat pada masanya untuk Hari Malaysia pada 16 September ini.

Untuk kandungan K-drama, saksikan Little Women, yang mengikuti trio beradik perempuan yang miskin tetapi penyayang yang memutuskan untuk membela keluarga terkaya dan paling berkuasa di Korea. Fakta menarik — sebahagian daripada drama itu dirakamkan di pelbagai lokasi di Singapura!

Filem biopik Blonde yang telah lama ditunggu-tunggu akhirnya berjalan di atas permaidani merah ketika kita menghampiri penghujung bulan, dengan Ana de Armas memainkan watak legenda Hollywood Marilyn Monroe.

Jika anda peminat permainan ‘role-play’ aksi Cyberpunk 2077, anda perlu melihat spin-off anime-nya Cyberpunk: Edgerunners. Berlatarkan distopia yang penuh dengan rasuah dan implan sibernetik, seorang kanak-kanak jalanan yang berbakat tetapi melulu berusaha untuk menjadi penjahat upahan — seorang Edgerunners.

Anda boleh lihat senarai kandungan hebat di Netflix untuk bulan September ini dibawah:


Mat Kilau, Tayangan Perdana 16 September

Selepas tentera British menyerang Pahang, seorang pahlawan legenda membawa rakyatnya ke dalam peperangan gerila untuk melindungi tempat tinggal mereka daripada ancaman penjajahan.

Thai Cave Rescue, Tayangan Perdana 22 September
 

Pasukan bola sepak remaja Thailand dan penolong jurulatih mereka terperangkap dalam Gua Tham Luang, mendorong usaha menyelamat global. Diinspirasikan dari peristiwa sebenar.

Fullmetal Alchemist The Final Alchemy, Tayangan Perdana 24 September

Perjalanan panjang dan berliku Elric bersaudara akan berakhir dalam kesudahan epik ini, di mana mereka mesti berhadapan dengan ancaman duniawi di seluruh negara.

TONTON TRAILER DIBAWAH:

Blonde, Tayangan perdana 28 September

Berdasarkan novel terlaris oleh Joyce Carol Oates, potret fiksyen legenda Hollywood Marilyn Monroe yang dibayangkan semula dengan berani ini dibintangi oleh Ana de Armas. TONTON TRAILER DIBAWAH:

Cyberpunk: Edgerunners, Akan datang

Berlatarkan distopia yang penuh dengan rasuah dan implan sibernetik, seorang kanak-kanak jalanan yang berbakat tetapi melulu berusaha untuk menjadi penjahat upahan — seorang Edgerunners. TONTON TRAILER DIBAWAH:

Kandungan K-drama hebat
Bingeworthy! 
Drama/Realiti
Filem-filem menarik
Pilihan magikal untuk kanak-kanak

Tayangan perdana 1 September. Filem-filem dari Barbie Cinematic Universe:

Rancangan kanak-kanak yang lain:

RANCANGAN-RANCANGAN LAIN
1/9/2022
2/9/2022
3/9/2022
6/9/2022
7/9/2022
8/9/2022
9/9/2022
13/9/2022
14/9/2022
16/9/2022
20/9/2022
21/9/2022
23/9/2022
26/9/2022
27/9/2022
28/9/2022
29/9/2022
Coming Soon

Plan A Plan BNETFLIX FILM


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee